in ,

Sebenarnya Sahur Minum Air Je Pun Cukup!

Sumber Gambar: https://www.travelandleisure.com

Sahur selalu korang minum apa girls? Mesti air manis kan? Fuh! Layan.. Tapi girls, air manis sebenarnya boleh mengeringkan badan kita tau dan menyebabkan kita senang haus di siang hari.! Sekarang korang dah ada jawapanlah kenapa korang haus, lagi-lagi musim panas sekarang ini.. Jadi better elakkan dan minum air yang Ummi sarankan ini!

AIR PUTIH

via GIPHY

Masa bulan puasa ini, korang disarankan untuk minum air putih yang secukupnya! Masih dengan dua liter sehari, tapi korang kena bahagikan ia dengan dua gelas semasa sahur dan berbuka yang selebihnya adalah empat gelas di malam hari okay?

AIR KELAPA TANPA GULA

Sumber Gambar: https://www.idntimes.com/

Biasanya orang minum air kelapa semasa berbuka.. sedapnya dapat hirup dengan ais yang banyak memang melegakan! Tapi once in a while, apa kata korang minum air kelapa tanpa gula semasa sahur.. Ia serba sedikit dapat membantu proses pencernaan korang dan mengurangkan gula di dalam badan!

TEH HIJAU SUAM

Sumber Gambar: https://www.merdeka.com

Bila puasa ini mulut sedikit berbau sebab mulut kita kering.. Jadi untuk elakkan mulut berbau, kita minum teh hijau suam tanpa gula! Ia boleh membunuh bakteria mulut dan menjaga berat badan jua tau.. Kalau #Lunagirls nak beli teh hijau yang sedap, korang boleh checkout SuperDeals! Ada promosi boekk korang kena cuba!

SUSU RENDAH LEMAK

Sumber Gambar: https://www.frisianflag.com/

Ia boleh membantu korang dari hidrat semasa bulan puasa, dan juga membuat korang kekal fit sepanjang hari berpuasa. Tapi make sure yang rendah lemak ya, kerana kandungan gula tidak terlalu banyak!

Jadi mana pilihan korang girls? Kalau Ummi lebih suka minum air putih.. Bila bangun tidur tetap segar dan tak terbayanglah air putih di siang hari.. Selamat mencuba tips Ummi!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

No More Penceroboh! Whatsapp Dah Boleh Lock!😎

Jom! Buat Facial Raya!!