in ,

Sebelum Tolong Mak Beli Barang, Ini Korang Perlu Tahu

Sumber gambar: Wikipedia

Apa? Mak suruh beli barang dekat supermarket? Inilah masanya untuk keluar sekejap dari rumah dan menghirup udara luar! Yes yes yessss!

Amboi, seronok ya bila mak minta belikan barang masak dekat luar. Mentang-mentang dah lama tak keluar ke mana-mana, dapat pergi ke supermarket pun dah happy. Waktu sekarang ini, semua orang berebut-rebut nak jadi ketua keluarga sebab dapat keluar beli barang. Lebih lagi yang anak-anak mesti berebut nak offer diri beli barang sebab katanya dia anak harapan dalam keluarga, LOL!

Dalam korang excited nak keluar, kebersihan dan keselamatan diri kena jaga juga tau. Banyak bakteria yang korang akan jumpa dan silap-silap balik itu korang pula yang tak sihat. Korang kena juga prepare diri untuk lindungi daripada sebarang bakteria dan kuman di luar. Jangan risau, LUNARIA akan share dengan korang beberapa cara untuk lindungi diri daripada semua kuman.

PAKAI FACE MASK DAN GLOVE

Doktor Ini Jelaskan Cara Memakai 'Face Mask' Dengan Betul Mengikut ...
Sumber gambar: Thevocket

Ya, nampak macam paranoid.Β Tapi itu semua demi keselamatan diri kita juga tau. In case korang dah tak ada facemask dekat rumah, tak boleh nak buat apa la sebab sekarang ni pun stock mask dah tak cukup. Apa yang penting ialah korang kena pakai glove atau apa sahaja jenis sarung tangan. Pakai sarung tangan yang jenis kain pun tak apa kalau terdesak sangat sebab kita sekarang nak utamakan keselamatan dan kebersihan. Let say tak ada juga, nanti bila dah sampai dekat supermarket, korang ambil plastik yang digunakan untuk timbang sayur atau buah dan sarung dekat tangan. Itu untuk pastikan korang tak direct pegang barang-barang yang ada dekat situ. Kita tak tahu siapa yang dah pegang sebelum itu betul tak?

BAWA HAND SANITIZER

Betulkah hand sanitizer berkesan basmi kuman? Ini risikonya ...
Sumber gambar: Freemalaysiatoday

Disebabkan tak ada air dekat situ, korang bawa terus hand sanditizerΒ ke mana-mana korang pergi demi kebersihan diri. Bila nak masuk supermarket, korang pakai dulu hand sanitizer dan bila rasa barang yang korang pegang tak bersih, pakai sekali lagi. Contohnya mak kirim beli ayam then korang dah pilih ayam, korang basuh tangan tapi sabun pula dah habis. Basuh je dulu tangan then sekali lagi pakai hand sanitizer supaya kuman betul-betul hilang. Biar kalau orang sebelah cakap korang paranoid tapi asalkan korang bebas daripada kuman.

BAWA BEG SENDIRI

Beri kasih dan cinta pada bumi yang kian nazak! | My Info Kini
Sumber gambar: Myinfokini

Biasa kalau pergi supermarketΒ mesti akan pakai plastik untuk isi barang betul tak? This time tak payah, korang bawa je shopping beg sendiri. Nak senang pakai beg IKEA yang besar, baru puas hati simpan barang banyak-banyak. Takut juga dekat plastik mungkin ada kuman? Ha mesti kita tak nak? Then kalau boleh bila dah bawa beg tak perlu lagi pakai troli, korang letak je barang yang dibeli tu dekat dalam beg. Kita tak tahu siapa yang dah pegang troli sebelum ini.

TERUS MANDI BILA BALIK

punca-rambut-rosak-jarang-basuh-rambut - Hijabista
Sumber gambar: Hijabista

Sampai je dekat rumah, benda first yang korang kena buat ialah mandi dan basuh pakaian yang dipakai waktu keluar tadi. Itu bertujuan untuk kebersihan dan pastikan supaya tak ada kuman yang melekat dekat baju waktu korang beli barang tadi. Rendam dan basuh pakaianΒ  tadi dan korang pun terus mandi ya. Sabun badan betul-betul walaupun sebelum keluar tadi korang dah mandi, apa salahnya kalau mandi banyak kali!

Sekarang ini kita memang kena utamakan kebersihan diri tau tak kira dekat mana kita berada. Setiap sejam basuh tangan dengan sabun dan banyakkan mandi bila dekat rumah.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Crush Dah Berpunya, Jom Lupakan Dia Dengan Cara Ini

Filter Instagram Khas Untuk Peminat K-Pop!