in ,

Sebelum Mula Sekolah 24 Jun, Ini Korang Kena Tahu

Sumber gambar: www.liputan6.com

Sekolah buka 24 Jun! Sekolah buka 24 Jun!

Setelah mengambil kira pandangan dan nasihat KKM dan MKN, KPM telah menetapkan bahawa tarikh pembukaan semula sekolah untuk murid kelas peperiksaan awam iaitu SPM, SVM, STPM dan STAM serta peperiksaan antarabangsa yang setara bagi seluruh negara adalah pada hari Rabu, 24 Jun 2020! Maknanya ada lebih kurang hampir 2 minggu lagi sekolah akan dibuka. Korang dah ready?

Untuk geng Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan peperiksaan antarabangsa yang setara, ini antara langkah-langkah dan tips yang korang perlu ambil berat sebelum mula persekolahan.

Covid-19 | KPM bersiap sedia buka semula sekolah | The Malaysian ...
Sumber gambar: Head Topics

PATUH GARIS PANDUAN PENGURUSAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah. Gerak kerja bagi penyediaan Garis Panduan ini telah bermula pada awal April 2020. KPM sentiasa bekerja rapat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk memastikan Garis Panduan yang disediakan menepati peraturan dan keperluan yang ditetapkan oleh KKM dan MKN. Garis Panduan ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta, dan mana-mana institusi yang berdaftar dengan KPM. Sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM juga disaran menggunakan Garis Panduan ini. Korang haruslah ikut aturan dan SOP semasa di sekolah.. mungkin akan sedikit lain daripada yang sebelum ini tapi ingat ya, ia adalah untuk keselamatan dan kesejahteraan kita bersama.

PASTIKAN DIRI SIHAT

Hanya pelajar yang sihat sahaja akan dibenarkan masuk ke kawasan sekolah. Sekiranya, ibu bapa, penjaga atau korang sendiri rasa tidak sihat atau bergejala seperti demam, batuk, selesema, sakit tekak dan sesak nafas, tak perlu ke sekolah. Teruskan berada dirumah. Adalah disarankan untuk lakukan pemeriksaan kesihatan yang sewajarnya.

via GIPHY

CHECK SUHU BADAN

Apabila korang sampai di sekolah, guru-guru bertugas akan memeriksa suhu badan korang di pintu masuk sekolah. Pemeriksaan suhu badan juga akan dibuat kepada guru, warga sekolah dan individu yang mempunyai urusan dengan pihak sekolah. Sesiapa yang mencatatkan suhu badan melebihi 37.5⁰C atau bergejala tidak akan dibenarkan memasuki kawasan sekolah. Setelah pemeriksaan suhu badan dibuat, korang perlu mengikut laluan pergerakan terarah yang telah ditetapkan untuk menuju ke kelas masing-masing. Jangan pula pusing satu sekolah buat ‘lawatan tak rasmi’ sebab rindukan sekolah ya. BIG NO NO!

JARAK MEJA 1 METER

Di dalam kelas nanti, meja-meja disusun pada jarak satu meter. No more gossiping during class! LOL! Secara umumnya, kapasiti maksimum untuk sebuah kelas dengan mengambil kira penjarakan sosial adalah tidak melebihi 20 murid. Namun, untuk ruang yang lebih besar seperti dewan sekolah, kapasiti tentunya lebih tinggi. Kalau korang dapat kelas yang agak kecil, tak semua budak kelas akan dapat masuk kelas yang sama.. mungkin korang akan dipisahkan daripada satu kelas kepada dua kelas.

via GIPHY

TIDAK BOLEH MAKAN DI KANTIN

Selepas ini korang tak boleh bersesak-sesak di kantin dan lupakan niat untuk lepak dengan kawan kelas lain semasa rehat sebab  waktu rehat adalah secara berperingkat. Di kantin nanti, makanan dan minuman akan siap dibungkus. Korang hanya perlu beratur mengikut tanda penjarakan semasa membeli makanan di kantin. Korang akan makan di dalam kelas masing-masing di bawah pengawasan guru. Kalau tak nak beratur semasa rehat, korang bawa sahaja makanan dari rumah.. lagi sedap dapat makan bekal mak buatkan betul tak?

NO MORE KOKURIKULUM & PERHIMPUNAN

Ya, tiada lagi perhimpunan setaip hari. Aktiviti di luar bilik darjah, seperti sukan dan kokurikulum secara bersemuka tidak dilaksanakan sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan. Korang hanya perlu fokus dengan sesi pembelajaran sahaja.. aktiviti sampingan lain lupakan seketika okay! Kalau nak buat aktiviti keluarkan peluh, korang boleh lakukannya secara bersendirian di rumah.

KATIL ASRAMA 1 METER

Geng asrama okay tak nak balik asrama? Jangan pening.. Di peringkat permulaan ini, hanya pelajar kelas peperiksaan awam sahaja yang akan ke asrama. Jadi, yang tiada exam besar, tak perlu pulang ke asrama.. teruskan berada di rumah. SOP pembelajaran di sekolah berasrama adalah sama seperti sekolah kebangsaan. Tapi untuk bilik asrama, katil-katil disusun pada jarak satu meter. Bilangan katil bagi setiap bilik adalah bergantung kepada keluasan bilik. Mungkin satu bilik sebelum ini 10 katil, selepas ini akan ada 5 katil sahaja.

57 Pelajar Lagi Dikesan Terkena Jangkitan ILI - Suara Perak

Untuk pelajar yang masih di rumah,  korang rileks sahaja di rumah. Menurut pihak KPM, sekolah akan dibuka secara berperingkat. KPM akan mengumumkan sebarang perkembangan berkaitan perkara ini dari semasa ke semasa. Buat masa ini, pembelajaran di rumah akan diteruskan. Lebih lagi apabila semua guru akan kembali ke sekolah pada 24 Jun nanti.. jadi, pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh dipelbagaikan dengan akses kepada kemudahan-kemudahan yang ada di sekolah. Psst, homework jangan lupa siapkan cepat-cepat ya!

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Dah Boleh Rentas Negeri, Jom Balik Kampung!

Cantiknya!! Jom Tengok Selebriti Yang Dah Mula Berhijab