in ,

Sebelum Mula Persekolahan, Ini Cara Kekal Enjoy Semasa Road Trip!

Sumber gambar: Twitter

Adik ni kalau nak berjalan jauh, macam-macam kisahnya.. Kejap nak kencing , pergi tandas, kejap lagi nak termuntah pula.

Macam-macam cabaran kalau nak berjalan jauh. Tak kisah sama ada dengan family atau dengan kawan-kawan. Mesti akan ada cabaran kecil yang akan terjadi. Setiap cabaran itu kita tak expect akan terjadi, tapi kita masih boleh elakkan ia berlaku betul tak? Ada beberapa perkara yang kita ‘dilarang’ lakukan semasa road trip supaya korang boleh enjoy sepanjang percutian. Jom check it out~

BERTOLAK LAMBAT

via GIPHY

Cadangnya nak gerak lepas Subuh… Sekali Subuh ke mana, korang pun ke mana tak bangun daripada tidur lagi. Kalau dah bangun lambat mestilah akan gerak lambat ke destiansi yang nak dituju. Biasanya jalan raya akan sesak pada hari Jumaat dan sewaktu orang balik dari kerja. Better bergerak awal pagi supaya dapat elak daripada tersekat dalam traffic jam.

LAST MINUTE PLAN

via GIPHY

Nak berjalan kena plan awal-awal, bukannya esok nak gerak hari ini baru plan. Nanti hotel pun akan jadi mahal dan melebihi budget yang korang anggarkan. Tapi boleh jadi kalau korang bernasib baik, korang akan dapat hotel yang murah, cuma possibility 50-50. Bukan setakat hotel jadi mahal je, risau nanti ada barang yang tertinggal. Maklumlah, tak cukup masa nak bersiap, mulalah tertinggal pencuci muka, seluar dalam atau apa sahaja barang penting yang lain. Bagi Ainaa plan last minute agak berisiko tapi Ainaa sendiri sebenarnya kalau nak berjalan kadang-kadang plan last minute sebab biasanya last minute ini yang menjadi berbanding kalau kita plan lama, ada yang setuju tak?

JANGAN BAWA PAKAIAN BERLEBIHAN

TEKNIK MELIPAT PAKAIAN DALAM BAGASI ATAU BEG - THESHAA SHOP
Sumber gambar: Theshaashop

Rancang pakaian yang korang akan pakai sewaktu bercuti dan kalau boleh hadkan penggunaan pakaian yang berbeza. Lebih baik recycle semula seluar yang korang pakai waktu hari pertama pun lagi bagus, at least ada banyak space dalam bag nanti dan kereta pun tak penuh dengan beg yang banyak.

TAK TAHU NAK KE MANA

Are you lost baby girl scenes|365 Days| Massimo and Laura - YouTube
Sumber gambar: Youtube

Plan nak ke Melaka tapi tak ada ‘jadual’ sepanjang korang dekat sana. Make sure korang siapkan jadual perjalanan waktu bercuti supaya nanti bila dah sampai ke destinasi yang dituju bolehlah korang teruskan plan berjalan sana sini. Perancangan rapi sangat penting, takut nanti ada yang moody pula kalau korang baru nak plan tempat berjalan. Daripada nak have fun terus jadi bad road trip pula.

Satu lagi kalau korang berjalan dengan kawan-kawan, make sure kawan-kawan korang jenis satu kepala dan bukannya sejenis yang suka buat kepala sendiri. Satu lagi paling penting sediakan makanan sepanjang perjalanan. Maklumlah, kita kalau dapat makanan mesti terus happy. Apa pun selamat ber-road trip guys! Jangan lupa siapkan kerja sekolah juga ya, nanti dah kena masuk sekolah.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

TWICE Rekod Jualan Album Terbanyak di Korea, Blackpink Pecah Rekod di YouTube

Jenis Makanan Yang Paling ON Musim Durian