in ,

Sebelum KPOP Datang, Ini Kumpulan Yang Pernah Famous

Sumber gambar: billboard.com

Sekarang ramai yang sudah jatuh cinta dengan oppa K-Pop, sehinggakan ada yang terlupa before this kita disajikan dengan muzik dari negara lain juga. Tapi kebanyakan lagu K-Pop mudah masuk dengan jiwa muda, sebab itu ramai teenagers lebih memilih muzik K-Pop berbanding kumpulan dari Hollywood. Sebelum kemunculan oppa dan unnie, ada banyak band yang menjadi kegilaan teenage girls juga. Ada yang sanggup habiskan duit untuk pergi ke konsert mereka. Jom tengok sikit  senarai band tersebut, maybe sekarang pun ada antara korang masih minat?

ONE DIRECTION

Wow! One Direction kumpulan yang digilai ramai since dulu sampai sekarang. Dianggotai seramai lima orang which is Zayn Malik (bukan Zynakal), Harry Styles, Niall Horan, Louis Tomlinson dan juga Liam Payne. Kumpulan pop ini ditubuhkan pada tahun 2010, waktu itu Zayn belum join lagi. Selepas itu, barulah Zayn join sekali dan lagu mereka yang paling popular waktu itu ialah What Makes You Beautiful, Live While We’re Young, Best Song Ever dan banyak lagi kalau nak bagi list dekat sini. Kalau sekarang BTS yang selalu mengungguli tangga teratas Billboard, dulu One Direction ialah kumpulan pertama dari US yang berjaya dapat gelaran hebat.

Tahun 2014, Billboard menganugerahkan gelaran One Direction Artist Of The Year dan pada 2017, mereka berjaya menjual sebanyak 50 juta album memecah record dunia! Akhirnya pada tahun 2015, Zayn Malik mengumumkan penarikan diri dari kumpulan One Direction. Ramai fans sedih dan tak puas hati dengan keputusan itu. Agaknya kalau salah seorang ahli BTS keluar kumpulan, mesti ramai yang kecewa.

JONAS BROTHER

Kumpulan tiga beradik ini selalu jadi sebutan ramai bukan sahaja waktu dulu tapi sampai sekarang pun ada je lagi yang masih minat mereka dan tertunggu-tunggu kalau ada konsert. Terdiri daripada tiga orang adik beradik iaitu Nick Jonas, Joe Jonas dan juga Kevin Jonas. Senang buat kerja dengan adik beradik. Bertuah rasanya kalau ada adik beradik pandai nyanyi ini, confirm dekat rumah semuanya asyik menyanyi je. Mereka bukan je setakat menyanyi tapi berlakon dalam Camp Rock, Hannah Montana dan juga siri TV Disney Channel iaitu JONAS!

Tapi sekarang kumpulan Jonas Brother sudah pun umumkan perpisahan tapi dengar khabarnya macam akan bersatu semula. Lepas empat tahun tak aktif di Instagram, sekarang account Jonas Brothers dah aktif semula. Tapi mereka takkan gunakan nama Jonas Brother dah, sebaliknya hanya mahu dikenali sebagai JONAS sahaja. FYI, Nick Jonas dan berkahwin dengan ratu cantik Priyanka Chopra pada Disember tahun lepas.

MY CHEMICAL ROMANCE

Tengok gambar kumpulan pun dah tahu muzik yang mereka bawa ialah muzik jenis punk! Korang minat muzik macam ini? Atau lebih layan muzik yang lebih bertenang? Ditubuhkan sejak tahun 2001, terdiri daripada lima orang ahli kumpulan. That time kumpulan MCR memang terkenal, ramai orang tergilakan dan sanggup berhabis duit untuk ke konsert mereka. Sekitar tahun 2013, mereka berpecah buat seketika dan buat haluan masing-masing.

Kalau tak silap, kali terakhir mereka datang ke Malaysia ialah pada 2007 lepas. Tapi dengarnya tahun ini mereka bakal buat kemunculan semula pada bulan Disember. Kalau korang nak tengok,  kena fly ke Los Angelas sebab mereka tak datang ke Malaysia. Rasanya korang pun mesti pernah dengar nama MCR walaupun tak tahu sangat lagu-lagu mereka. Why not cuba dengar satu lagunya which is My Black Parade, mungkin korang akan suka!

HIGH SCHOOL MUSICAL

Ehh, ini nama band ke? Macam tak je? Hehe, ya High School Musical bukanlah nama kumpulan. Tapi mereka kegilaan ramai juga tau! Mana tidaknya, sampai ada tiga siri lagi untuk movie High School Musical. Bukan setakat dulu saja terkenal tapi sampai sekarang juga tau. Setiap kali dengar je lagu mereka, ramai rasa nak menari sekali sebab best sangat!

BTW, Movie High School Musical ‘diangotai’ oleh Zac Efron, Vanessa Hudgens, Lucas Grabeel, Ashley Tisdale. Andrienne Monique, Corbin Bleu dan ramai lagi! Boleh jadi satu sekolah juga sebab semua boleh menari dan menyanyi! Teringin juga kalau mereka ada buat movie sambungan tentang kehidupan mereka lepas sekolah dulu mesti best.

So far rasanya yang masih lagi valid sampai sekarang ialah One Direction walaupun mereka dah berpecah tapi semua lagu mereka still boleh masuk dengan jiwa muda kita. Nak lagu happy, lagu sedih, lagu semangat semua mereka ada! Jom share sikit band favorite korang dekat komen bawah..

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jenis-Jenis Cikgu Favourite Di Sekolah

‘Cuci’ Mata Percuma Dengan Cara Menangis