in ,

Sebelum Ini Jual Air Viral, Kini Daboba Jual Mochi Perisa Soya

Sumber gambar: KLFoodie

Waaaahh, dah boleh makan mochi perasa soya lepas ni. Sedap ke tak eh?Kena cuba sekarang juga!

Ya betul, sekarang korang boleh beli mochi di Daboba. Apa itu Daboba? Daboba ialah kedai jual air bubble tea yang pernah viral satu Malaysia sebelum ini. Nampaknya sekarang Daboba makin mengganas ya sebab mereka sudah mengeluarkan beberapa menu baharu untuk kita cuba! Menu yang mereka bawa masuk kali ini ialah mochi.

Macam yang korang tahu, Mochi merupakan salah satu makanan tradisional serta kegemaran di Jepun. Just imagine macam mana gayanya kalau Mochi itu ditukarkan menjadi air minuman? Jangan risau, tak pelik pun sebab sekarang sudah ada banyak variasi makanan.

Daboba kini telah melancarkan sebanyak lima perisa baharu berasaskan soya. Korang akan dapati Mochi itu ‘dilekatkan’ di atas bekas minuman Daboba yang korang bakal order nanti. Dengarnya ramai yang review bahawa Daboba Mochi sedap.. Antara perasa baharu Mochi Soya yang korang akan dapati di kedai Daboba ialah…

  • Roasted Brown Sugar Pearl Peanut Soya
  • Mochi Pearl Peanut Soya
  • Brown Sugar Pearl Soya
  • Roasted Brown Sugar Pearl Soya
  • Honey Golden Pearl Soya
Daboba Will Release Limited Edition Mochi Soya Series In M'sia On ...
Sumber gambar: KLFoodie
Daboba Will Release Limited Edition Mochi Soya Series In M'sia On ...
Sumber gambar: KLFoodie

Korang boleh dapati kesemua minuman baharu ini di semua cawangan Daboba seluruh Malaysia bermula pada 10 Julai yang lalu. Ada antara korang yang dah pernah rasa ke Mochi Soya ini? Apa pendapat korang tentang minuman baharu itu? Sedap ke tak? For those yang tak tahu apa itu mochi, LUNARIA akan share beberapa fakta dengan korang tentang asal usul mochi.

DANGO DAN MOCHI

21 Makanan Jepun Sedap Perlu Anda Cuba (Rugi Tak Try) - Saji.my
Sumber gambar: Saji

Ada sesetengah orang confuse antara mochi dan juga dango. Kedua-dua jenis makanan ini memang kelihatan agak sama kerana tekstur yang lembut tetapi hakikatnya mochi dan juga dango merupakan dua makanan yang berbeza. Dango akan dicucuk pada lidi dan dibuat daripada tepung beras kering. Mochi pula tidak dicucuk pada sebarang lidi. Sebaliknya mochi mempunyai banyak perisa termasuklah buah-buahan di bahagia tengahnya.

BAGI STAMINA WAKTU MUSIM SEJUK

Ini Cara Buat Kuih Mochi Yang Super Senang, Korang Bolehlah Cuba.
Sumber gambar: Rasa

Untuk pengetahuan korang, mochi ini merupakan makanan ‘wajib’ untuk penduduk di Jepun pada musim sejuk. Dalam mochi terkandungnya kalori yang bebas gluten dan juga kolesterol. Disebabkan itulah mochi dapat memberikan stamina yang tinggi pada penduduk di Jepun pada musim sejuk. Tapi tak sememestinya ia wajib dimakan pada musim sejuk sahaja, waktu hari biasa pun boleh je makan tak ada masalah.

TEKNIK PEMBUATAN AGAK REMEH

Korang pernah tengok video orang buat mochi tak? Nampak tak betapa leceh dan rumitnya cara pembuatan tersebut? Kalau secara tradisionalnya, mochi perlu dibuat didalam bekas kayu dan ia akan ‘ditumbuk’ dengan menggunakan kayu pemukul serta perlu dipukul sambil dibalik-balikkan mochi tersebut. That’s why mochi original dari Jepun lebih sedap dan memerlukan dua orang bagi proses pembuatannya.

MOCHI MODEN

Aiskrim Mochi Di Jepun | EncikShino.com
Sumber gambar: Encikshino

Sekarang ini semua orang boleh buat mochi, even korang sendiri pun boleh buat sendiri dekat rumah tau. Mochi juga boleh didapati dalam pelbagai perisa yang mana membuatkan korang keliru nak pilih yang mana satu sebab semuanya nampak sedap. Terdapat juga mochi aiskrim tapi yang itu korang kena terus makan bila dah beli, risau cair pula aiskrim dalam mochi itu nanti.

Kalau korang nak buat sendiri mochi tak ada masalah, tapi perlu ingat bahawa proses pembuatannya agak rumit. Kalau nak senang korang hanya perlu order, bayar dan makan.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ini Sebab Kenapa BTS Masih Tak Pergi Military Lagi

Akaun TikTok Artis Korea ‘Hilang’. Apa Puncanya?