in ,

Sebelum Beli Mask, Korang Kena Tahu Ni!

Sumber Gambar: https://www.today.com

Selain pencuci muka, kita kena tahu juga tentang jenis-jenis mask tau!  Tak elok sebenarnya kalau main beli tapi tak tahu kegunaannya.. Ada juga yang beli hanya sebab packaging lawa.. Lol! Tak boleh macam tu #Lunagirls.. Korang kena beli mengikut kesesuaian muka. Kalau tak habislah kulit korang mula ada jerawat tau.. Jom LUNARIA share tips pilih mask ikut jenis muka!

CLAY MASK – OILY SKIN 

via GIPHY

Untuk #Lunagirls yang mempunyai kulit berminyak, clay mask adalah pilihan tepat untuk korang! Clay mask mempunyai tekstur yang kering, dan is juga boleh buat kulit korang menjadi tegang, buat pori-pori korang mengecil dan menghilangkan sel mati! Korang hanya guna seminggu sekali je tau, mesti minyak-minyak degil tu lari!

CREAM MASK – NORMAL SKIN 

Sumber Gambar: https://lachiesblog.com

Ha! Bagi korang yang mempunyai kulit mulus dan tak ada apa-apa masalah, korang digalakkan guna cream mask! Sebab ia akan membuatkan kulit korang lebih lembut, cerah dan glowing pinkish gitu! Dalam cream mask ni kebiasaanya akan ada pelembap semulajadi yang akan menjaga dan memperbaiki sel kulit yang mengering.

GEL MASK – SENSITIVE SKIN 

Sumber Gambar: https://www.stocksy.com/

Gel yang mengandungi kandungan air yang tinggi ni, akan berikan kesegaran pada kulit muka sensitif… rasa macam sejuk-sejuk je bila pakai! Ia boleh menghidrasi kulit korang yang sensitive dan boleh mengawal kegatalan di muka.. tapi hati yang sensitif, tak boleh pakai ni tau! Hihi!

EXFOLIATING MASK – ALL SKIN 

Sumber Gambar: http://cewekbanget.grid.id

Mask ni bukan setakat boleh menghilangkan sel-sel kulit mati, tapi ia juga boleh buat kulit muka korang kelihatan lebih cerah! Tapi #Lunagirls tak boleh pakai selalu tau sebab ia boleh membuatkan kulit korang menjadi kering, sebab teksturnya agak kasar.

Setiap orang mempunyai kulit muka yang berbeza, dan setiap orang akan alami kesan yang berbeza tau! Tapi janganlah sebab tengok orang tu guna muka dia elok, #Lunagirls pun terus beli ya.. lebih baik periksa dulu kulit kita sesuai yang mana okay!

What do you think?

8 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Lagi WIN BFF Pun Kaki Game!

Jangan Takut Masuk Tingkatan 6, Ini Sebabnya…