in , , ,

Sebelum Beli Laptop Untuk Masuk Belajar, Korang Perlu Tahu Ini

Sumber gambar: www.wanderglobe.org

Sekarang sudah ramai mula masuk belajar semula dan bukan setakat pelajar sekolah saja, malah pelajar Institusi Pengajian Tinggi pun sama. Jadi, bila ramai dah masuk belajar semula antara barang yang penting adalah komputer riba atau laptop. Laptop bukan menjadi satu kehendak pada masa kini sebab ia adalah satu keperluan yang sangat penting, terutamanya bagi seorang pelajar. Ini sebab sebagai pelajar, sudah pasti mereka akan ada banyak tugasan yang bakal diselesaikan. Jadi laptop adalah satu keperluan bagi mereka dan untuk korang yang baru nak beli laptop sebab dah mula masuk belajar, LUNARIA akan kongsi tips nak beli laptop yang korang perlu titik beratkan. 

BAJET BERAPA RINGGIT?

via GIPHY

Apa yang penting dalam hal nak beli laptop ini adalah berapa Ringgit bajet korang untuk beli laptop? Rasanya, sekarang ini… rata-rata harga laptop bermula dalam harga RM 1000 dan ke atas. Jadi, korang bolehlah buat satu survey dahulu jenama laptop apa yang sesuai dengan bajet korang. Ini sebab setiap jenama laptop mereka ada dari harga yang paling murah dan juga paling mahal sesuai dengan kegunaannya tersendiri tapi untuk masuk belajar cukup beli yang berpatutan sahaja.

REKAAN LAPTOP 

via GIPHY

Bagi rekaan laptop pula, pastikan ia sesuai untuk saiz beg korang dan juga mudah dibawa kemana sahaja. Ada laptop yang memang jenis tebal dan berat, ada juga yang nipis dan ringan. Kalau laptop untuk belajar, cukuplah korang ambil yang saiz sederhana dan ringan sebab nanti ia akan mudahkan korang untuk letak di dalam beg bersama buku dan jangan pula korang terhentak laptop itu sebab nak pastikan laptop korang itu tahan lama.

MULTI-FUNGSI KE TIDAK EH?

Sumber gambar: pinterest

Selain itu, korang juga kena pastikan kapasiti laptop korang itu tinggi sebab kita tak nak nanti waktu korang tengah buat tugasan, eh! Laggy pula laptop korang kan? Pastikan juga laptop korang adalah laptop yang benarkan korang buat dua tugasan dalam satu masa atau mampu multi-fungsi untuk apa pun. Contohnya, korang boleh buat kerja menaip di Microsoft Words dan edit gambar di Photoshop dalam satu masa tanpa tersekat.

SPESIFIKASI LAPTOP 

via GIPHY

Jika korang adalah seorang yang mahir tentang devices, sebelum nak beli laptop untuk masuk belajar itu korang bolehlah cuba lihat spesifikasi laptop terlebih dahulu. Korang boleh perhatikan apakah sistem operasi dalam laptop korang bakal beli, saiz skrin itu selesa atau tidak untuk korang buat tugasan nanti, display, touchscreen atau tidak, touchpad selesa atau tidak, graphic card, memory, RAM, storage laptop, CD atau USB friendly atau tidak, bateri dan sebagainya. 

WARRANTY BERAPA TAHUN?

Sumber gambar: pinterest

Waktu nak beli apa sahaja devices, sudah pasti warranty adalah yang paling penting. Untuk laptop, pastikan warranty yang ditawarkan lebih dari setahun. Ini sebab nak mudahkan kerja korang jika berlaku sebarang kerosakan dan dengan warranty, mereka boleh hantar ke kilang terus untuk perbaiki laptop korang. Selain itu, elakkan juga untuk beli laptop yang refurbished sebab biasanya sudah tiada warranty.

Untuk korang yang nak masuk belajar itu, all the best and goodluck! Pastikan korang beli laptop sesuai dengan kemampuan korang dan janganlah penuhkan kapasiti laptop korang itu dengan movie dan drama sahaja ya nanti! Hehe! Nak mudah tonton online sahaja dan biar dalam laptop korang itu diisi dengan tugasan sewaktu korang belajar sahaja sebab nanti bila nak submit tugasan, tak ada masalah sangat okay! Hehe!  

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Aplikasi Jimat Data Paling PANAS Korang Kena Ada

Tips And Tricks Sebelum Selam Pakaian Bundle