in

Sebar Berita Palsu Boleh Didakwa!

Sumber gambar: Wilayahku.com.my

Mak: Adik tengok ni keluar berita ada orang Malaysia mati sebab koronavirus!
Me: Yeke mak? Tu berita palsu laa mak.. belum lagi ada kes kematian di Malaysia setakat ni.. Mak jangan percaya sangat berita tanpa bukti ni..

Haa siapa suka share macam-macam dekat group WhatsApp tanpa check dulu kesahihan berita tersebut? Jaga-jaga gais, siapa yang salah sebar berita boleh didakwa tau! Tindakan mendakwa di mahkamah akan terus dilakukan terhadap individu yang membuat berita palsu terutamanya tentang isu koronavirus atau Covid-19.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor, pihaknya yakin penguatkuasaan undang-undang berkesan bagi mengelak penularan berita palsu mengenai Covid-19 disebabkan sebaran berita palsu makin menular. Tindakan itu diambil untuk memberi kesedaran kepada masyarakat supaya tidak sesekali menyebarkan berita palsu yang mungkin akan menimbulkan kebimbangan masyarakat sekeliling.

via GIPHY

Jadi gais, kita perlulah memberi kerjasama kepada kerajaan dengan sentiasa berhati-hati dan memeriksa kesahihan maklumat dan berita yang dapat sebelum dikongsikan di media sosial bagi mengatasi penularan serta perkongsian berita palsu. Walaupun bukan kita yang membuat berita palsu tersbut, tapi dengan cara kita menyebarkan berita tersebut pun boleh membuatkan kita didakwa tau.

Sekarang media sosial memberi kesan sangat kuat dalam aktiviti harian kita! Bila dapat berita tentang sesuatu perkara ramai nak jadi yang pertama untuk kongsi berita tersebut. Tapi sebenarnya gais, dengan cara ini perkongsian berita palsu menerusi media sosial makin berleluasa. Oleh itu, kerajaan menasihatkan untuk kita semua supaya periksa kesahihan sesebuah berita yang tular dengan teliti sebelum dikongsikan. Sekiranya berlaku perkongsian berita palsu di media sosial, orang ramai dinasihatkan membuat laporan polis.

via GIPHY

Aduhhh, kalau macam tu macam mana nak tahu berita yang kita dapat itu palsu atau sahih? Pening laa macam ni..

Jangan pening, jangan panik! Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah melancarkan portal untuk semak berita palsu. Portal tersebut diberi nama Sebenarnya.my Korang boleh klik link yang kami sediakan untuk explore and check berita-berita yang korang pernah dapat.

Apa pun gais, jangan sesekali sebar sesuatu yang kita tak pasti. Pihak kerajaan akan ambil tindakan kepada mereka yang sengaja keluarkan berita palsu untuk takut-takutkankan rakyat di Malaysia. Kalau mula rasa ragu-ragu dengan sesuatu berita, terus sahaja check di sebenarnya.my okay!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Lagu Best Untuk Korang Buat Tiktok

Orang Muda Juga Berisiko Kena Kanser? Biar Betul?