in , ,

Sebab Utama Kenapa Rambut Mudah Leper

Sumber gambar: www.today.com/health

Nasib baik sempat syampu rambut! Eh.. Tapi kenapa still leper! Arghhh!

Masalah rambut leper dialami tidak kira lelaki atau perempuan. Jangan ingat girls sahaja yang selalu jaga rambut, ada juga sesetengah lelaki menjaga rambut dan memiliki rambut yang lebih cantik, berkilat dan sihat berbanding perempuan. Ada antara korang ada tak masalah rambut flat? Kalau nak amik gambar nampak macam kepala kita botak.. Hari ini LUNARIA akan kongsikan beberapa sebab kenapa rambut mudah leper.

RAMBUT BASAH

Rambut Basah Terus Pakai Tudung, Punca Rambut Hijabi Bau Hapak ...
Sumber gambar: Hijabista

Rambut basah mungkin boleh menyebabkan rambut korang lebih berminyak dan layu.. Bukan tu je, ia juga akan mengeluarkan bau yang tak sedap! Eew.. Kalau boleh before #Lunagirls bersiap tu, keringkan rambut dulu.. jangan keluar beraya dengan rambut basah tau!

KURANGKAN PAKAI SERUM

3 Cara untuk Menggunakan Serum untuk Rambut - wikiHowSumber gambar: WikiHow

Kurangkan pakai serum atau hair oil dengan label anti-frizz! Sebab produk- produk ni akan membuatkan rambut korang berat. Bila rambut berat, tu yang rambut korang jadi leper! Ter- over pakai pun, rambut akan berminyak, dan kulit kepala korang akan gatal.. Kesian kulit kepala kita!

HAIRDRYER

Cara Tepat Menghindari Kerusakan Rambut di Musim Hujan
Sumber gambar: cosmogirl.co.id

Penggunaan hairdryer pun antara salah satu sebab rambut flat. Elakkan guna hairdryer dengan suhu yang tinggi. Ia mungkin akan merosakkan rambut korang juga.. Tapi kalau guna suhu medium, rambut akan jadi lebih sihat dan cantik!

BLOW DRY

How blow-dry hair accelerators can help you save time
Sumber gambar: Lifestyle.asia

Teknik nak blow dry pun kena betul ya! Rambut kena 80% kering dan bahagikan kepada beberapa bahagian. Jaraknya pula mesti dalam lingkungan 15 cm dari rambut. Lepas dah kering, angkat rambut tinggi dengan menggunakan sikat. Dengan cara ni rambut korang akan nampak lebih volume..

Bila rambut dah cantik, baru la boleh beraya dengan aman. Nak raya sampai malam pun tak kisah, hihi.. Kalau nak rambut yang cantik, kena ada effort sikit betul tak girls? 

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Trend Baju Oversized, Okay Ke Tak?

YouTuber Tercyduk Dengan Suara Mengancam Felix Stray Kids