in ,

Sebab Tripping Jump Challenge, Ada Yang Terkorban

Sumber gambar: Rojakpot.com

Bila ada benda viral je mesti nak ikut, tak fikir pula sama ada ia membahayakan diri atau tidak. Asalkan dapat buat dan ikut trend, then orang pun tengok, dah cukup memuaskan hati.

Benda viral ada yang best dan ada juga yang tak best. Ada juga yang boleh diikut sekali dan ada juga yang bakal mengundang bahaya pada diri. Jangan disebabkan tengok ramai orang buat, korang pun nak buat sekali. Kita kena fikir juga kesan selepas buat sesuatu perkara.

Baru-baru ini, ada satu social media challenge yang viral di seluruh dunia which is Tripping Jump Challenge yang telah ‘diharamkan’. Di Malaysia rasanya belum ada yang buat, tapi dekat oversea memang dah ada yang berani buat challenge karut ini. ‘Game’ ini memerlukan tiga orang pemain dan semua orang perlu melompat pada masa yang berbeza, cuma bila orang dekat tengah-tengah melompat, individu dekat kiri dan kanan akan menyepak kaki yang ditengah. Kalau dah kena sepak mesti jatuhkan? Kalau jatuh, tak mustahil akan berlaku kecederaan.

Image result for tripping jump challenge
Sumber gambar: Gempak

Bukan setakat cedera ringan, tapi cedera serius dan silap hari bulan boleh meragut nyawa! Di Amerika Syarikat sendiri ada beberapa kes melibatkan kanak-kanak cedera disebabkan mengikut trend challenge ini. Antara kecederaan yang akan dialami oleh mangsa ialah di bahagian kepala sekiranya berlaku hentakan yang kuat di lantai ketika terjatuh. Dah nama pun terjatuh dekat atas lantai konkrit yang keras, boleh jadi akan berlaku kematian otak! Bahaya ya, bukan main-main challenge ini. Please jangan ada yang ikut sebab korang tak tahu apa effect yang akan diterima oleh si mangsa.

At the same time, impak terjatuh secara mengejut juga menyebabkan kecederaan pada tulang belakang serta tulang serviks yang akhirnya mungkin akan membuatkan si mangsa lumpuh.

Seorang doktor bernama Dr Mohd Shaiful Nizam telah memberi amaran kepada netizen di Twitter miliknya baru-baru ini. Menurutnya, bukan sahaja otak dan tulang belakang yang akan cedera tetapi organ dalaman juga akan mengalami kesakitan. Katanya baru-baru ini di Brazil telah terjadi satu kematian melibatkan seorang remaja yang maut disebabkan aksi bahaya ini.

Ketika kejadian maut itu berlaku, mangsa yang hanya berusia 16 tahun dikatakan telah cedera di bahagian kepala selepas jatuh terhentak di lantai sekolahnya. Dia telah mengalami trauma dan dihantar ke hospital oleh pihak sekolah pada November 2019 yang lepas. Okay, maksudnya benda ini dah lama ada cuma baru sekarang viral! Kalau korang tengok video di bawah, korang boleh nampak beberapa mangsa tidak sedarkan diri selepas terjatuh di lantai. Apa nasib mereka lepas itu?

Sangat jelas di sini, challenge ini bukanlah satu challenge yang menghiburkan tetapi ianya menyakitkan. Jangan disebabkan nak ikut trend, korang korbankan nyawa orang yang tak bersalah ya. Just imagine kalau korang buat dekat kawan kelas, tak ke dia berkemungkinan akan menjalani hidup sebagai orang yang lumpuh? Kesian orang itu.

For girls and boys out there, kalau ada kawan korang yang ajak buat challenge ini, please jangan ikut! Korang suruh je dia buat dengan diri sendiri, jangan nak buat dekat orang lain.

What do you think?

7 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Drama Korea Wajib Tonton Februari 2020

Happy Birthday J-Hope! J-Hope BTS Masih Menyinari Hidup ARMY