in ,

Sebab Soalan SPM, Instagram Awek Paragliding Kena ‘Serang’

Sumber gambar: Twitter.com

Soalan SPM sebenarnya diambil daripada situasi sebenar atau rekaan semata-mata ya? Setiap pelajar akan tertanya-tanya soalan ini!

Just imagine, last year soalan paper Bahasa Inggeris SPM dikatakan agak mencabar berkenaan seorang gadis bernama Sarah yang aktif bersukan. Tapi tahun ini dengarnya makin mencabar lagi bila pemilik nama sebenar dalam soalan ‘diserang’ bertubi-tubi oleh calon SPM 2019!

Soalan subjek Bahasa Inggeris tahun ini mengenai seorang wanita bernama Melissa yang sangat meminati sukan paragliding. Ingatkan soalan itu hanya rekaan semata-mata. Rupa-rupanya memang wujud in real life pun wanita yang bernama Melissa bersama dengan payung terjunnya dekat Instagram!

Wanita itu dikatakan tersangkut dekat pokok selepas mendarat waktu tengah buat aktiviti paragliding. At the same time soalan tersebut juga bertanyakan tentang perasaan dia selepas diselamatkan oleh penduduk kampung sekitar. Bila kebanyakan calon jumpa Instagram dia, mereka excited dan banyak la komen ditinggalkan dekat gambar tersebut. Mulalah ada yang komen cakap dia menyusahkan, ada juga yang beri ‘peringatan’ supaya lebih berhati-hati waktu buat sukan paragliding.

Dalam gambar itu, Melissa memuat naik gambar dia bersama payung terjun tu pada 2 Julai yang lepas which is dah lama la. Tak sangka pula sampai 6 ribu lebih komen ditinggalkan dekat situ dan semuanya berkenaan dengan soalan SPM 2019. Siapa lagi yang komen kalau bukan calon tu sendiri.

Tapi sebenarnya perbuatan mereka tu agak tak sopan la sebab komen mengarut macam tu, walhal tuan empunya badan langsung tak faham tentang situasi yang tengah berlaku. Kalau korang sendiri jadi Melissa tu, mesti rasa terkejut bila ramai orang komen dan berbual tentang perkara yang korang sendiri tak faham kan?

Nasib baik ada netizen yang prihatin tentang isu tu, decide untuk Direct Message pemilik akaun Melissa tu dan buat permohonan maaf atas apa yang berlaku. Nasib baik la Melissa ni okay je dan dia siap minta lagi soalan SPM 2019 tentang dirinya tu, huhu!

Sumber gambar: Twitter

Apa pun rasanya perkara macam ni tak sepatutnya langsung berlaku sebab kalau korang nak mengamuk dekat IG dia sebab soalan tak masuk akal atau apa pun tak boleh juga. Bukan dia yang buat soalan tentang diri dia dekat situ. Berbaki beberapa lagi paper ni, harapnya semua calon dapat bertenang dan jangan terlalu ikutkan emosi kalau soalan tu buat korang triggered atau tak masuk akal. Good luck again guys!

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Drama Korea Paling ONZ Bulan November!

Bila Senior Busy SPM, Ini Aktiviti Boleh Buat Di Sekolah!