in ,

Sebab-Sebab Girls Kena Support Lelaki Kemas Rumah!

Sumber gambar: YouTube CrankGameplays

Eh awak kan perempuan? Mestilah kena tahu buat semua kerja rumah…

#Lungirls pernah dengar orang cakap macam ni dekat korang atau kawan-kawan tak? Kita akan dengar orang cakap macam tu dekat girls je.. Untuk pengetahuan #Lunagirls, zaman sekarang bukan hanya perempuan je kena tahu buat kerja rumah, lelaki pun mesti tahu tau. Jom tag abang, adik lelaki, kawan lelaki dan crush korang untuk check out sebab-sebab mereka kena tahu kemas rumah!

LEBIH MENGHARGAI

via GIPHY

Bila seorang lelaki diberi peluang untuk buat kerja rumah, mereka akan lebih menghargai effort ibu, kakak atau adik perempuan mereka kemas rumah tau! Tak adalah mereka akan pandang remeh tentang kena tolong buat kerja rumah nanti.. Kebanyakan mereka menganggap buat kerja memalukan jadi mereka tak nak buat.  Dan bila abang korang tolong buat kerja rumah, jangan korang gelakkan.. nanti dia tak nak buat lagi pula!

BOLEH BERDIKARI

via GIPHY

Selain tu, bila kita selalu kerja rumah secara automatik kita akan terbiasa dan bersedia untuk hidup berdikari kalau masuk asrama atau bila dah besar ada rumah sendiri nanti. Kajian pun ada membuktikan kalau anak-anak tak kira lelaki ke perempuan dah biasa buat kerja rumah senang berjaya dalam hidup kerana mereka akan senang menyesuaikan diri dengan dunia luar!

UBAH STEREOTAIP

via GIPHY

Buat kerja rumah sebenarnya bukan hanya akan memberi impak positif kepada lelaki, ia juga mengubah tanggapan stereotaip masyarakat kita. Jadi, bila nampak anak lelaki buat kerja rumah, tak adalah nampak pelik, tak adalah anggap mereka lelaki lembut dan sebagainya. Sebaliknya, ia patut menjadi sesuatu yang normal dalam kehidupan seharian. Abang atau adik #Lunagirls rajin tolong kemas rumah tak?

PERANAN SETIAP AHLI KELUARGA

via GIPHY

Selalu kita nampak girls buat kerja-kerja rumah dengan sukarela, jadi apa kata kita ajak abang dan adik kita tolong sekali supaya ia boleh jadi satu kebiasaan, bukan setakat pada hari-hari yang penting atau istimewa okay? Tapi sebenarnya, tak kiralah lelaki atau perempuan, dua-dua pun kenalah rajin tolong mak dekat rumah tau..

#Lunagirls selalu tolong mak tak? Atau bila mak suruh baru buat? Huhu.. Sekali sekala kita kenalah tolong mak tanpa disuruh, barulah boleh jadi anak yang baik! Yay! Ingat tau girls, jangan gelakkan abang, adik, kawan lelaki korang kemas rumah.. Kita kena sentiasa support mereka!

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

#YesNoMaybe: Ayam 3 Kali Ganda Pedas Challenge |#WhereGotSpicyChallenge

Lock The Date! Anak Patung BTS Akan Masuk Malaysia!