in ,

Sebab Lain Jerawat Tumbuh Dekat Muka Kita

Sumber gambar: Glamour.com

Alamak! Kenapa jerawat asyik dekat dagu je? Hari itu ada dekat belakang badan lepas itu sekarang dekat dagu pula! Penatlah nak jaga macam ini semua tempat nak ada jerawat tak boleh juga.

via GIPHY

Siapa je yang suka ada jerawat? Jerawat bukan setakat musuh utama girls je tau even boys pun benci juga pada jerawat dan sanak saudara mereka yang lain! Sekali kaum kerabat mereka dah muncul, memang habis satu kampung dibawanya ke muka atau anggota badan kita yang lain. Ada certain orang beranggapan yang jerawat dekat muka disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon atau sebab tak jaga kebersihan muka tapi sebenarnya ada juga disebabkan benda lain. Actually kesihatan serta kecantikan diri kita bermula dari dalam. Kalau dalam badan sihat, luar badan pun akan sihat.

Korang kalau jerawat tumbuh biasanya disebabkan apa? Period? Hormon tak stabil? Stress? Tak dinafikan punca utama jerawat ialah disebabkan oleh faktor yang Ainaa mention tadi tapi kalau korang nak tahu sebenarnya situasi itu boleh menyebabkan bahaya tanpa kita sedari bahawa terdapat masalah dalam badan kita. Jom kita tengok sikit apa sebenarnya yang terjadi pada organ dalaman kita.

SEKELILING MATA

Image result for jerawat sekitar mata
Sumber gambar: Doktersehat

Ada certain orang mempunyai jerawat dekat kawasan mata sehingga kadang-kadang membuatkan kita rasa tak selesa. Actually kawasan mata ialah bahagian kulit wajah yang sangat sensitive serta lembut. That’s why kena extra careful sikit dekat situ. Lingkaran hitam dekat kawasan mata menunjukkan ketidak seimbangan sistem buah pinggang kita. Banyakkan minum air masak serta kurangkan pengambilan air manis. Kalau nak sangat minum, make sure kurang manis.

DAHI

Image result for jerawat di dahi
Sumber gambar: Maskulin

Bahagian dahi paling boleh buat bergaduh ya. Dahi kira aset kita semua since kalau orang pandang muka kita, dahi ialah bahagian pertama yang akan jadi perhatian. Once korang dapati dahi dah ditumbuhi jerawat, bolehΒ start minum air masak banyak-banyak sebab ia menunjukkan sistem penghadaman kita tak beroperasi dengan sempurna serta kurang air dalam badan. Macam yang korang tahu, air masak mampu untuk menyingkirkan toksin dalam badan. Sebab itu kita dinasihatkan untuk minum air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari dan elakkan minum air berkarbonat serta berkafein.

T-ZONE

Image result for jerawat t-zone
Sumber gambar: Meramuda

For those yang tengah nak meningkat ke alam remaja, masalah jerawat dekat T-zone ialah benda normal. Ia merangkumi di kawasan atas kening, hidung sehingga ke pipi. Kawasan zon ini biasanya akan sedikit berminyak dan kalau ada jerawat besar dekat bahagian tersebut, kemungkinan organ hati korang tidak berfungsi dengan baik. Ini hanya kemungkinan sahaja, bukan 100% betul. So kalau nak tahu kena jumpa doktor sekiranya sudah memudaratkan diri korang.

HIDUNG

Image result for jerawat di hidung
Sumber gambar: Iluminasi

Sakitnya weh jerawat dekat dalam lubang hidung! Nak korek hidung pun rasa serba salah sebab sakit kalau jari terkena dekat jerawat.

Ya, jerawat dekat dalam lubang hidung dan kawasan terdekat dengannya sangat sakit. FYI, jantung kita bersambung dengan deria hidung dan jika jerawat besar tumbuh pada bahagian hidung korang dan ianya menyakitkan, itu menandakan korang mengalami tekanan darah tinggi. Kurangkan pengambilan garam dalam makanan, perbanyakkan makan buah-buahan serta sayur-sayuran.

DAGU

Image result for jerawat di dahu
Sumber gambar: Nikmatterbaik

Jerawat dekat dagu pun sakit hati juga sebab kalau terpegang boleh menangis ya rakan-rakan. Kalau korang ada banyak jerawat dekat bahagian dagu, kemungkinan ada masalah pada bahagian usus kecil yang disebabkan oleh diet makanan harian yang korang ambil. Elakkan makan makanan berunsur tenusu serta berminyak sebab kemungkinan ia tidak berkhasiat atau korang makan secara melulu. Lebihkan ambil sayur dan buah-buahan dalam menu harian terlebih dahulu.

Apa pun pesanan yang Ainaa boleh bagi ialah dalam keadaan persekitaran sekarang ini ditambah pula dengan virus yang semakin pelik, kita semua kena jaga kesihatan dan perbanyakkan minum air masak. Jaga kebersihan dan jangan pernah abaikan kesihatan diri okay!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jom Usha 5 Tempat Kegemaran Hantu!

Normal Ke Darah Period Berketul?