in ,

Sebab Lagu ‘Filter’, Jimin BTS Kini Laku Di India

Sumber gambar: SCMP

What??! Jimin dah famous di India? Maksudnya dia dah boleh bergerak solo tanpa BTS? Biar betul!!!

allkpop on Twitter: "[UCC] The Most Valuable Gift: BTS Jimin sent ...
Sumber gambar: Twitter

Woops, tenang ARMY… Tak ada siapa pun yang akan keluar dari boy band BTS kesayangan ramai. Tapi nampak gayanya Jimin macam lagi ‘laku’ di India berbanding boys yang lain. Mana tidaknya, kebanyakan peminat BTS nampaknya lebih memilih untuk meminati Jimin antara boys yang lagi enam orang.

Bukan itu sahaja, golongan ‘lebih berusia’ pun nampaknya ramai yang layan single solo Jimin berjudul ‘Filter’ itu. Terkejut tak dengar berita ini? Dalam tujuh orang ahli BTS, Jimin dapat perhatian yang lebih di India. Dengar ceritanya jualan secara streaming dan juga online untuk lagu ‘Filter’ mendapat sambutan yang menggalakkan.

BTS Jimin - Pretty Boy - YouTube
Sumber gambar: Youtube

Semua platform muzik mencapai carian yang tinggi serta jualan yang tinggi bagi lagu tersebut. Bukan main ya Jimin, sampai ke India dia lebarkan sayap. Macam yang korang tahu, iTunes merupakan salah satu platform muzik terbesar dan ramai pendengar sanggup stream lagu Filter dekat iTunes demi Jimin yang mereka minati. Siapa sangka rupa-rupanya ‘Filter’ mampu melawan lagu-lagu yang lain sehingga berjaya menduduki tangga pertama di platform tersebut sehingga telah berada di tangga ke-90 di seluruh dunia. Hebat betul penyanyi yang berasal dari Busan ini ya…

Kalau di Malaysia, kita ada platform muzik seperti iTunes, Spotify, Joox, YouTube dan beberapa lagi yang lain. Tetapi di India, mereka mempunyai platform muzik streaming tempatan yang dikenali sebagai Josaavan dan juga Ganna. Sehingga kini, sebanyak 150 juta pengguna telah melanggan kedua-dua platform tersebut di sana. Sejak Julai yang lepas, lagu ‘Filter’ telah di strim lebih daripada 1 juta kali di platform Gaana.

Sejak dimuat naik pada Februari yang lalu di YouTube, ‘Filter’ telah berjaya meraih tontonan sebanyak 30 juta di channel BANGTANTV. Cuba korang baca komen yang ditulis di YouTube channel tersebut… Agak-agak ada tak ARMY yang akan berasa marah? Bukan apa, ada yang sampai cakap Jimin boleh bergerak solo tanpa BTS selepas lagunya itu mendapat sambutan hangat. Bukan itu sahaja, ada juga yang sempat berbalah seketika untuk memberi pendapat masing-masing.

Tapi bergaduh macam mana pun ARMY sekalian, korang jangan risau kalau-kalau ada yang decide untuk keluar dari BTS. Untuk pengetahuan korang, kesemua ahli BTS telah bersetuju dan menandatangani perjanjian kontrak bersama dengan BigHit Entertainment sehingga penghujung tahun 2026. So dalam masa enam tahun ini tak ada seorang pun yang akan keluar dari BTS. Selepas itu tak pasti sama ada Jimin atau ahli yang lain akan tetap setia bersama BTS atau melebarkan sayap untuk bergerak solo.

Bts Jimin GIF - Bts Jimin Cute - Discover & Share GIFs

Cuma kalau perkara itu terjadi, mungkin ramai yang akan kecewa… Maklumlah hubungan mereka semua rapat macam adik-beradik. Takkan sanggup nak tinggalkan macam itu sahaja, confirm ramai ARMY akan marah. Tetapi semua itu boleh terjadi sekiranya ada antara mereka yang tidak mahu sambung kontrak atau berlaku perkara yang membuatkan mereka terpaksa berbuat demikian ke? Apa pun kita chill je dulu sebab ada banyak lagi masa, enam tahun lama juga ya.

Apa yang akan terjadi dalam masa terdekat ini ialah kemungkinan akan ada yang bakal menyertai latihan ketenteraan. Bila seorang demi seorang terpaksa berehat sebentar untuk memberi laluan untuk latihan ketenteraan, mungkin akan ada yang mencuba bilang baru pula ke? Mana tahu ada yang akan mula berlakon dan mengacara pun okay juga.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Boleh Ke Remaja Pakai Exfoliating Acid?

Tips Penjagaan Period Untuk Geng Baru Period