in ,

Sebab Kenapa Pelajar Sekolah Ada Tekanan

vergemagazine.com

Seperti yang kita semua tahu, zaman sekolah adalah zaman yang sangat best dan seronok sebab kita boleh buat macam-macam yang kita nak. Walaupun ada batasan seperti tak boleh keluar rumah lewat tengah malam. Sebagai pelajar sekolah kita mesti tidur awal dan jaga kesihatan.. Kita boleh explore macam-macam waktu sekolah tapi ada pasang surutnya. Antaranya adalah tekanan-tekanan dari masalah yang kadangnya benda itu nampak mudah dan tiada perlu difikirkan sangat tapi ia adalah salah satu faktor utama yang menyebabkan pelajar rasa tertekan. Kali ini biar Zoe kongsi dengan korang mengapa ramai pelajar sekolah boleh stress? 

KAWASAN BELAJAR

nurhaizachemat.blogspot

Ya, nampak macam tiada masalah tapi ada juga antara pelajar yang tidak suka dengan persekitaran belajar yang tidak selesa utamanya di sekolah. Di sekolah agak sempit dan ramai orang.. Kadang-kadang ia sampai buat kita rimas dengan environment kelas sebab tempatnya yang agak padat. Eh! Tapi korang kena ingat ya, sangat beruntung korang dapat sekolah yang selesa dan ada fasiliti lengkap dan patut bersyukur. Ini sebab sekolah yang berada di luar bandar, walaupun tidak semua, masih ada yang nampak daif tapi mereka semua masih seronok belajar.

TAHAP AKADEMIK

Rowan Callick

Biasalah itu, daripada dulu sampai sekarang. Pelajar mana saja yang tak stress fikirkan cara untuk dapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan? Lebih lagi, kalau dah berusaha dan belajar sehabis mungkin masih tak dapat keputusan yang memberangsangkan. Pergh! Lagi meraung dibuatnya! Tapi korang jangan risau, mana tahu usaha korang itu tak nampak hasilnya sekarang tapi nampak di kemudian hari. Sabar itu penting ya! Senyum sikit! 

KELUARGA

indigitube.tv

Walaupun keluarga adalah orang pertama yang sentiasa beri sokongan moral tapi kadang-kadang ada sesetengah mempunyai ahli keluarga yang suka push kita sebagai pelajar untuk belajar dan belajar lagi extra sampai kita exhausted. Semua ibu dan bapa kita nak yang terbaik untuk diri kita waktu belajar ini tapi jika ia memberi kesan tekanan pada diri adalah lebih baik kita duduk dan cuba berbincang dengan parents. Mereka akan memahaminya..

CRUSH

Orange Magazine

Yang ini pun satu hal juga, bila mana kita dah jujur dengan perasaan dan jadikan mereka sebagai inspirasi untuk kita lebih berjaya, mereka reject kita pula. Haish! Memang sedih tapi itulah hidup gaisss, tak selalunya indah. Why not, lepas kita jadikan mereka inspirasi dan nanti bila dah berjaya mesti ramai yang crush on korang semula. Bila kita dah berjaya, siapa saja yang tak suka, betul tak? So, tak perlulah stress sangat sebab panjang lagi perjalanan hidup korang!

KAWAN SATU BATCH

WinnerTakeNothing

Mereka adalah orang yang paling dekat dengan kita sebab hampir setiap hari kita akan jumpa kawan untuk belajar, lepak dan buat pelbagai aktiviti lain. Walaupun kawan-kawan sangat best tapi mereka pun kadang-kadang boleh buat kita stress juga bila tiba sahaja kita ada konflik dengan mereka. Biasanya baik saja tiba-tiba gaduh dan ada masalah each other itu memang boleh spoil mood kita. It’ okay korang, apa kata lebih baik korang berbaik dan selesaikan masalah dengan baik. Kawan baik tak elok gaduh lama-lama.

Jadi, itu antara alasan kenapa sebagai seorang pelajar kita boleh stress. Kalau difikirkan semula, semua ini memang sedikit sebanyak akan beri kesan kepada diri kita tapi korang tak perlu terlalu risau sebab setiap masalah pasti ada penyelesaiannya okay! Jangan stress-stress.. Kalau stress juga apa kata korang dengar muzik kegemaran korang, mesti korang akan rasa tenang sikit.

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ini Cara Smooth Minta Nombor Crush👉👈

Band K-Pop Sebenarnya Tak Sama Dengan K-Idol!