in ,

Sebab Kenapa Kita Kena Cukur Bulu

Sumber gambar: Youtube.com

Aduhh, penat la asyik nak kena cukur je bulu ni setiap dua minggu! Tak boleh ke kalau cukur lepastu after a month baru tumbuh balik bulu ni?!

Ehh, mana boleh macam tu girls. Melainkan korang shave bulu tu guna waxing selain shaver sebab kalau guna shaver, memang kena kerap trim la. Tapi tak dinafikan yang ramai agak keliru dengan hukum mencabut bulu dekat bahagian badan. Tapi ikutkan penceramah Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim memberitahu yang hukum cabut bulu dekat bahagian bulu kaki, lengan dan betis bagi kaum perempuan ialah harus. Tapi untuk bulu dekat Miss V atau bulu ketiak, hukumnya ialah sunat.

via GIPHY

Ada sebab kenapa sebenarnya kita kena mencukur bulu selain faktor kebersihan. Antaranya ialah mencegah daripada terkena penyakit berbahaya kepada seseorang. Just imagine, bulu dekat Miss V korang tu tebal macam hutan dan korang langsung tak shave, tak ke kawasan tu akan jadi lembab at the same time buatkan bakteria membiak kalau tak dirawat dengan cepat. Bukan tu je, risiko untuk dapat kutu pun tinggi ya sebab tak bersih. Additional information, mencukur buat badan korang kurang bau dan dapat tingkatkan daya keyakinan diri. Power betul kesan kalau mencukur ni ya!

Tapi sebenarnya tak semua bulu yang ada dekat badan kita ni perlu dirisaukan sebab ada hikmah kenapa tumbuhnya bulu dekat kawasan tersebut. Ada a few facts tentang kenapa bulu tumbuh dekat bahagian tubuh badan kita which is…

BULU ADA DUA JENIS

Image result for bulu ketiak
Sumber gambar: Medium.com

Jenis bulu pertama ialah bulu terminal yang mana bulu panjang dan tebal macam janggut, misai, bulu kemaluan dan bulu ketiak. Satu lagi pula jenis bulu vellus yang mana lebih halus macam bulu dekat bahagian tangan.

KAWAL SUHU BADAN

via GIPHY

Setiap bulu yang tumbuh berfungsi untuk mengawal suhu kerana ia dapat membantu semasa dalam proses badan mengalami peluh yang berlebihan. Waktu tu badan akan rasa lebih sejuk dan bulu pula bertindak untuk mengawal suhu badan kita.

BULU GUGUR 150 HELAI SEHARI

Image result for bulu tangan
Sumber gambar: Style.tribunnews

Ha, cuba check bulu tangan korang, ada berkurang tak harini? Bulu atau rambut kita akan gugur sebanyak 100 hingga 150 helai sehari dan itu ialah situasi yang normal sebab baru baru akan tumbuh dengan sendirinya,

BULU MATA CEGAH PELUH MASUK MATA

via GIPHY

Ingat function bulu mata tu untuk cantik bila pakai mascara je ke? Hehe! bulu mata berfungsi untuk menghalang peluh, air dan juga debu daripada masuk ke dalam mata. Bentuk lengkung yang ada dekat bulu mata tu ialah untuk mencegah sebarang cecair masuk mata dan buatkan mata sentiasa kering.

BULU PADA PUTING

Image result for bulu puting
Sumber gambar: Wanista

Aaaiippp jangan terkejut, memang tak semua orang ada bulu dekat nipple tapi for those yang ada, jangan risau sebab benda tu normal je. Pertumbuhan rambut tu memang benda normal, so tak perlu la korang cukur ya.

Kesimpulannya dekat sini, korang kena sentiasa ambil berat tentang bulu yang ada pada badan korang. Tak kisah la bulu tangan, kaki, Miss V atau kening sekali pun. Tetap kena jaga juga ya. Jangan lupa shave bila dah sampai masa.

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tanda-tanda Korang Obses Dengan Media Sosial!

‘Rahsia’ Spotify Yang Mungkin Korang Tak Tahu