in ,

Sebab Kenapa Gigi Kuning!

Sumber Gambar: http://time.com

Selamat petang girls! Ada antara #Lunagirls ada masalah keyakinan disebabkan gigi kuning tak? Walaupun berus setiap hari tapi masih kuning atau dah pergi dentist pun gigi cepat kembali kuning? It’s okay girls.. sangat normal! Jangan risau.. Masalah gigi kuning bukan disebabkan kita ada penyakit yang kronik.. Harini LUNARIA akan kongsikan antara sebab-sebab gigi kuning!

MAKIN BERUSIA

via GIPHY

Gigi kuning antara proses penuan, ia berlaku apabila lapisan putih yang kuat lama-kelamaan berkurangan akibat haus! Jadi apabila perkara ini berlaku, #Lunagirls perlu rajin check up with dentist okay!

TIDAK JAGA KEBERSIHAN ORAL

via GIPHY

Kalau #Lunagirls malas nak memberus atau berkumur setiap hari untuk menghapuskan pembiakaan plak pada gigi boleh mempercepatkan perubahan warga gigi tau! Tapi ada ke yang tak gosok gigi selalu? Haipp.. tak elok please! Bukan muka je perlu cantik, kebersihan pun penting tau!

MINUM KOPI, SODA DAN TEH

via GIPHY

Kandungan kafein yang tinggi dalam kopi, teh dan minuman tenaga akan mengikis enemal gigi! Haa sebabnya minum seperti ini mengandungi gula yang tinggi dan boleh juga buat gigi berlubang.. Kalau gigi berlubang, mulut pun mudah berbau nanti! Opss! Hati-hati ya #Lunagirls..

SALAH TEKNIK

via GIPHY

Kalau #Lunagirls berus gigi terlalu cepat, kuat dan kasar pun boleh menyebabkan gigi kuning tau! Sebabnya korang akan memberi tekanan dan merosakkan enemal gigi.. jadi gigi akan senang terdedah kepada bakteria!

PENGAMBILAN UBAT

via GIPHY

Salah satu ubat yang boleh membuat gigi menjadi kuning adalah antibiotik. Ia akan membuatkan lebih kekuningan, atapun coklat.. Tapi tak bermakna #Lunagirls tak perlu consume antibiotik.. bila perlu boleh je korang makan mengikut dos yang dibenarkan oleh doktor okay!

Masalah gigi kuning boleh di rawat sama ada terus berjumpa dentist ataupun guna bahan-bahan semula jadi.. Tapi kalau sampai ada plak terkumpul atau gigi berlubang, lebih baik terus berjumpa dentist dan jangan korek sendiri tau! Penjagaan mulut adalah wajib.. sebab dengan mulut kita tersenyum dan bercakap dengan orang! Tak nak lah nanti kita baru buka mulut orang dah lari.. Huhu!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Sedapnya Minum Air Ni Waktu Musim Hujan…

Eeuw! Handphone Ada Banyak Bakteria!