in ,

Sebab Coronavirus, Banyak Syarikat Terjejas

Sumber gambar: reuters.com

Masih lagi dalam isu virus corona yang berasal dari Wuhan, China yang mana semakin hari semakin meningkat kes yang berlaku. Bermula dari negara tembok besar China tetapi semakin menular sehingga banyak negara malah seluruh dunia.

Waktu permulaan virus itu menular ke seluruh dunia, sebenarnya banyak perkara yang turut terkesan. Bukan hanya memberi kesan kepada kesihatan manusia tetapi turut pada beberapa perkara lain seperti bisnes dan juga ekonomi.

Ada beberapa kedai terpaksa ditutup akibat penularan virus tersebut terutamanya yang terdapat di seluruh negara ini termasuk China yang merupakan punca utama. Berikut ialah beberapa perniagaan dan produk yang terkesan dengan virus pembunuh yang dtakuti ramai ini.

PRODUK KECANTIKAN

Image result for beauty product
Sumber gambar: Dermstore

Ada certain produk kecantikan berasal dari China dan walaupun produk tersebut sudah lama dihasilkan sebelum bermulanya penularan wabak tersebut, tapi ada juga pengguna yang tidak berani untuk membeli sebarang produk kecantikan berasal dari China. Boleh dikatakan bahawa China telah memberi setengah contribution terhadap perniagaan produk kecantikan sehingga seluruh Asia-Pasifik. Iya la, just imagine berapa banyak produk kecatikan yang menggunakan packaging dari China? Bila ramai dah taknak melabur, habis la mereka alami kerugian. Betul tak?

DISNEY COMPANY

Image result for disney company
Sumber gambar: Disney

Mengikut kenyataan di media Liputan6.com , Walt Disney Company dijangka akan kehilangan sebanyak USD175 juta sekiranya Disneyland di Shanghai dan Hong Kong ditutup buat sementara waktu selama dua bulan. Kalau nak diikutkan tempat yang pack macam tu memang senang untuk dijangkiti virus sebab dekat situ la ramai manusia berkumpul di satu tempat bersama-sama. At the same time, Morgan Alexia Quadrani yang merupakan media analisis turut membuat laporan mengatakan bahawa The Walt Disney Studio turut akan terpengaruh kerana penutupan panggung wayang di China. Nak keluar rumah pun tak boleh, ini kan nak pergi tengok wayang?

APPLE

Image result for apple product
Sumber gambar: Techswizard

Macam yang kita semua tahu, Apple ialah sebuah syarikat terpesar di dunia dan takkan la syarikat besar macam tu pun turut terkesan? Jawapannya ya, walaupun kerugian yang mereka alami hanya dalam kuantiti yang sedikit tetapi kalau dah nama pun business, mesti la semua benda jadi penting. Apple telah memutuskan untuk menutup semula seluruh kedai rasmi mereka dan syarikat yang terdapat di China walaupun China merupakan salah satu pasaran besar buat Apple. Bukan setakat penjualan phone sahaja yang terhenti, tetapi ada juga beberapa produk keluaran Apple yang juga terjejas di sana.

NIKE

Image result for nike product
Sumber gambar: Sgemmell

Jenama kasut dan pakaian sukan kegemaran ramai di China juga turut terkesan apabila mereka terpaksa menutup sesetengah kedai rasmi di China. Mereka telah menutup setengah daripada kedai di sana sementara beberapa kedai yang lain masih lagi beroperasi cuma hanya dibuka pada masa yang singkat sahaja. Which is kalau kebiasaan kedai dibuka mulai jam 10pagi hingga 10malam, sekarang ia akan ditutup pada sekitar tengahari.

Nampak tak betapa bahayanya virus corona ni kepada kita? Sampaikan banyak syarikat besar terjejas, inikan kita sebagai manusia biasa yang of course akan turut terganggu dengan virus pembawa maut ini. Apa pun make sure korang semua jaga diri dan jangan lupa pakai mask kalau berkunjung ke tempat yang ramai orang ya.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tips Special Untuk Kurangkan Bulu Badan

Antara Trick Google Yang Mungkin Tak Ramai Tahu!