in ,

Sebab Ahli BTS Tak Ada Akaun Social Media Sendiri!

Sumber gambar: https://twitter.com/bts_bighit/status/1134207002438119424

ARMY assemble! Korang pernah tak wonder kenapa oppa-oppa BTS kita tak ada akaun media sosial mereka sendiri? Atau adakah sebenarnya mereka ada tapi Big Hit yang tak bagi reveal sebab nak jaga privacy mereka? Untuk pengetahuan #Lunagirls, biasanya K-pop idol secara umumnya mereka memang tak dibenarkan untuk ada phone apatah lagi akaun media sosial sendiri seperti Instagram, Twitter dan lain-lain pada waktu awal BTS debut sehinggalah group mereka dah stable. Tapi BTS, mereka hanya ada akaun Twitter dan Weibo tapi mereka bertujuh akan share untuk communicate dengan fans. Dan aplikasi yang paling latest mereka ada ialah Weverse! 

CAREER FOCUS

via GIPHY

Awal-awal memang niatnya untuk focus career dan stabilkan group mereka tapi kenapa kena kongsi? Sebab Blackpink, Wanna One dan group lain yang junior dalam industri muzik dekat Korea yang debut after BTS pun, members mereka dah ada akaun media sosial sendiri. Tapi BTS yang dah lama since 2013 pun ada tiga akaun itu je? Dahlah kena kongsi pula tu…

“TWITTER IS ENOUGH FOR US…”

via GIPHY

Statement tersebut dikeluarkan oleh RM dan Suga sendiri.. Katanya platform Twitter pun dah cukup sangat untuk mereka connect dengan ARMY! Okay lah kan? Lagi pun korang mesti faham yang oppa kita busy produce lagu untuk korang. Tapi dekat Weverse pun mereka cuma reply dekat orang yang cakap Korea saja.. Hmm, sangka baik ya ARMY di Malaysia ni, maybe mereka baca dan faham apa yang korang cuba sampaikan tapi tak tahu nak reply semula macam mana.. Jom kita belajar bahasa Korea pula untuk fahami oppa BTS! Hihi!

PERATURAN BIG HIT

via GIPHY

Ini memang dah part of Big Hit punya peraturan untuk tak boleh ada akaun social media sendiri dan kita pun tak boleh nak buat apa. Big Hit mesti tahu apa yang terbaik untuk BTS juga. Lagi pun akaun K-pop idol selalunya dipantau oleh agensi dan pengurus mereka, dan BTS ada 7 orang so agak suakr untuk agensi nak pantau akaun seorang-seorang members. Ha… gitu… maybe Jin Hit patut ambil alih? Siapa real ARMY mesti faham Jin Hit tu apa.. LOL!

Apa pun #Lunagirls, BTS tetap dalam hati! Korang dah follow akaun official BTS tak? Jom kongsi dengan LUNARIA, akaun K-idol mana lagi yang kita must follow! Komen dibawah okay!

What do you think?

11 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ada Apa Dengan Geng Tudung Hitam?

Payu Dara Makin Mengecil Maknanya…