in ,

Sebab Adik Beradik Sendiri Lebih Famous Di Sekolah

Sumber gambar: terlajakvirals.com

Untunglah ada kakak sama sekolah.. Untunglah ada abang handsome dekat sekolah.. Untunglah untunglah….

Di sekolah, pernah tak kalau korang tengok ada beberapa adik-beradik yang popular? Sebagai contoh, “Weh, kau kenal tak adik Amir yang kelas 3A itu?” dan kawan dia akan balas, “Adik Amir, Amar yang main bola itu ke?”. Kalau dia kata ya, betullah yang adik-beradik si Amir memang famous di sekolah. Bukan setakat itu sahaja, siap ada yang kenal satu keluarga lagi tau! Kali ini, jom kita tengok antara alasan kenapa ada beberapa adik-beradik yang sangat terkenal di sekolah…

ABANG DAN KAKAK

Sumber gambar: Youtube/ Mourshed & Salman

Abang dan kakak adalah individu yang paling function yang mungkin akan menyebabkan korang adik-adik boleh famous. Ini sebab ada saja beberapa abang dan kakak korang yang terlebih rajin untuk berbual dengan ramai orang di sekolah itu. Bukan setakat itu saja, bila korang selalu pergi kelas mereka pun salah satu sebab juga.

“Assalamualaikum, saya nak jumpa abang saya nama dia Danish boleh tak cikgu?”

Ya, sebab korang tercari-cari abang dan kakak korang di kelas pun menyebabkan kenapa ramai di sekolah boleh kenal korang adik-beradik.

ANAK CIKGU

Sumber gambar: Cikgusuffi.com

Anak-anak Cikgu Razali handsome belaka semua..

Selain itu, siapa antara korang anak cikgu? Lebih lagi kalau korang bersekolah di sekolah parents korang mengajar. Kemungkinan untuk ramai yang akan kenal sangat tinggi. Salah satu sebabnya, setiap kali datang sekolah naik kereta cikgu dan sebab kedua korang selalu cari parents korang di bilik guru, betul tak? Ha, itu pun antara penyebab kenapa adik-beradik korang memang dikenali satu sekolah. 

FRIENDLY 

Sumber gambar: Soompi

Bila kita ada adik-beradik yang terlebih ramah dengan semua orang pun susah juga sebab mereka ini sangat kecoh dan ada yang sampai bangga nak show off korang ini adik atau abang atau kakak mereka. Untuk yang korang yang ter-famous sebab ada adik-beradik macam ini korang kira untung tak payah susah-susah nak orang kenal di sekolah. Eh! Best tau ramai orang kenal di sekolah!

SUKAN

Sumber gambar: ABC

Ini tak perlu cakap lebih sebab selalunya sekali korang jadi budak sukan, lebih lagi yang jadi wakil sekolah, daerah, negeri dan macam-macam memang ramai orang akan kenal korang. Biasanya juga adik-beradik kita ada minat yang sama dan memang tak pelik kalau korang dengan adik-beradik korang ramai yang kenal sebab korang merupakan atlet sekolah.

RUPAWAN

Sumber gambar: fluentu

Psst, kirim salam kakak sulung awak ya..

Iya, ada juga adik-beradik yang famous di sekolah sebab korang heloks! Handsome, cantik, comel dan macam-macam. Biasanya, adik-beradik yang rupawan ini pun antara yang paling dinanti di sekolah dan orang akan kira semua datang sekolah ke tidak hari ini. Kalau salah seorang tak datang mesti semua macam “Ala… kakak dia yang cantik itu tak datang sekolah hari ini…”. Betul tak?

Jadi, sekarang korang sudah tahu antara sebab logik kenapa adik-beradik korang boleh famous? Kira okay kalau korang terkenal sebab ini tapi ada juga yang ramai kenal adik-beradik korang di sekolah sebab nakal. Ish ish! Nak nakal itu boleh tapi berpada-pada ya. Jangan sampai ada yang tersakit hati dan terciduk dengan perangai nakal awak. Opss!

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Pengaruh Rakan Sebaya, Jennie Dan Jisoo ‘Bawa’ Super Ring Ke Korea

Orang Korea Excited Ikut Sarah Suhairi Gelek