in ,

‘Scene’ Wajib Ada Di Bazar Ramadan!

Sumber gambar: https://mrkumai.blogspot.com/2017/05/bazar-ramadhan-di-tanah-rata-2017.html

Dah hujung Ramadhan ni, mesti korang lagi suka pergi bazar Ramadhan kan. Ye la, bukan setakat dapat beli juadah berbuka tapi at the same time dapat ‘cuci mata’ tengok orang dekat bazar. Silap haribulan berlaga bahu pula dengan crush dekat situ, hihi.. BTW, korang pernah tengok tak scene biasa yang akan terjadi dekat bazar Ramadhan macam dekat bawah ni?

MAKANAN VIRAL BERATUR PANJANG

 

Setiap tahun mesti akan ada makanan yang viral waktu bulan Ramadhan. Bila dah viral tu confirm la beratur sampai hujung jalan. Makanan viral untuk tahun ni ialah nasi mandi with lamb and beef by Chef Ammar, dekat USJ 4. Kalau korang tengok gambar twit dekat atas, ramai gila orang sanggup beratur semata-mata untuk rasa kesedapan nasi mandi tu. Korang pernah rasa tak nasi ni, agak-agak beratur panjang tak?

JEJAK KASIH

Sumber gambar: https://ohbulan.com/kami-geleng-kepala-bila-jumpa-6-kerenah-pengunjung-bazar-ramadan-ini/

Pergi bazar dengan parents, tapi rasa macam lalu sekatan Kastam je. Sebab apa? Ye la dekat situ mesti akan ada scene ‘reunion’ .. Even time tu tengah bersesak dengan orang ramai. Tak cukup dengan tu, diorang siap buat roadblock pula dekat tengah jalan, sampai pengunjung lain terpaksa cari laluan lain. But it’s okay, sebab benda tu jadi setahun sekali je..

HAPPY HOUR

Sumber gambar: https://www.thestar.com.my/news/community/2014/07/16/what-makes-it-different-traders-come-up-with-unique-dishes-to-stand-out/

Bukan dekat shopping mall je ada happy hour, dekat bazar Ramadhan pun ada tau. Lagi-lagi kalau dah nak dekat berbuka, segala macam air, roti john atau murtabak dijual dengan harga yang murah. Biasanya peniaga akan bagi harga murah untuk habiskan jualan supaya diorang tak membazir. Kalau air tu dijual dengan harga RM3 untuk satu paket, maybe time happy hour tu korang dapat 2 paket RM5.

LARI DARIPADA ORANG LAIN

via GIPHY

Waktu dekat bazar mesti korang akan jumpa macam-macam kerenah manusia, termasuk la orang yang korang tak terfikir untuk terserempak dekat sana. Situasi ni bukan je terjadi dekat parents, malah akan jadi dekat diri kita sendiri. Tengah seronok cari makanan, sekali terserempak dengan kawan lama yang dah bertahun tak bertegur. Untuk elakkan rasa awkward bila bertegur, korang decide untuk menyorok atau pusing ikut jalan lain. Bukan apa, nanti kalau tegur mesti tak tahu nak borak apa kan?

Setahun sekali je kita akan lalui situasi meriah macam ni. Kalau dekat pasar malam biasa, jarang la nak dapat harga murah macam dekat bazar ni. Apa pun, kalau ‘shopping’ dekat bazar tu jangan sampai membazir ya.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Paling Senang Pujuk Crush Merajuk!

Makan Tembikai Je Pun Boleh Kurus?