in ,

Scarf Viral, Lebih Trend!

Sumber gambar fimela.com

Scarf or shawl memang trend paling hangat di kalangan gadis-gadis. Kalau #Lunagirls, biasanya gayakan scarf sebagai apa, tudung? Ha! korang sebenarnya boleh buat benda lain dengan scarf ini. #Lunagirls mesti nak tahu kan? Ini Ummi senaraikan beberapa style scarf yang korang boleh tiru. 

NECKLACE STYLE 

Sumber Gambar: https://blog.ebaba.co.id/

Ala! Style ini, korang hanya perlu lilit kat leher dan letak dibahu. Gaya macam dekat oversea gitu. Erm! Kalau dekat Malaysia ini nak buat waktu malam je lah atau pun kat tempat sejuk macam genting tu.. Kalau tengah panas terik, aduhai beruam lah leher dik oii haha!

BANDANA STYLE 

Sumber gambar buzzfeed.com

Bosanlah asyik pakai cekak dekat kepala. Jom! Ubah style accessories kepala korang dengan bandana ataupun guna je scarf. Korang akan nampak cool and style, ala-ala bohemian. Cara nak buatnya pun senang tau, korang lilitkan di kepala dan ikat, siap! Sesekali pakailah cara macam ni, barulah nampak stylish!

HIASAN BEG TANGAN 

Sumber Gambar: https://apricusfashion.m

Selain accessories kepala, scarf juga boleh digunakan sebagai hiasan beg tangan. Ya girls, tapi korang kenalah pilih scarf yang ada chain, floral dan benda-benda yang sedikit menampakkan bag tangan korang menjadi mewah. Wuu! Lepas ini bergayalah korang girls.

NAPOLEON STYLE 

Sumber Gambar: https://anetscollection.comlo

Bagi korang yang suka pakai dress, dan nak nampak elegan. Ha! Bolehlah cuba napoleon style ini. Korang hanya perlu gayakannya di leher, tapi janganlah scarf yang panjang, cukuplah yang pendek je. Nak lagi comel? Letakkan pin peniti, bolehlah berangan ala- ala pramugari,hihi.

Inilah beberapa style yang korang boleh buat dengan scarf. Kalau Ummi suka letakkan scarf dekat handbag, nampak lebih bergaya dengan accessorise tambahan yang cantik. Nak tak Ummi buat D.I.Y scarf handbag? Kalau nak, cakap yeay atau comment dekat bawah!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tahniah SPM Candidates 2018! #YouTheBest 👍

#Lunagirls ARMY Baru? Jom Kenal Dengan BTS!