in ,

#Lunagirls Nak Muka Natural Beauty? Cuba Tips Ini!

Image Source: clipartxtras.com

via GIPHY

Hola girls!  Harini LUNARIA nak kongsikan tips and tricks untuk kurangkan muka lesu sepanjang hari di sekolah! Yup, dekat sekolah kan tak boleh pakai make up, so LUNARIA akan senaraikan produk apa korang boleh pakai untuk dapatkan natural beauty bila pergi sekolah!

MOISTURISER


Setiap pagi lepas cuci muka, #Lunagirls amalkan pakai moisturiser untuk tambahkan kelembapan dekat muka supaya supaya muka nampak segar! Tak perlu pakai yang mahal pun, pakai pure aloe vera pun dah okay tau! Lagi pun nak pakai untuk ke sekolah tak perlu yang tebal! Hehe!

SUNSCREEN

Jangan lupa pakai sunscreen ya! Sebab sunscreen akan melindungi kulit muka korang daripada sunburn. Lagi pula dekat sekolah mesti banyak buat aktiviti luar, tambah pula kalau korang selalu join sukan! So untuk elak kena sunburn, better pakai sunscreen okay girls!

LIP GLOSS ATAU LIP BALM

via GIPHY

Ada macam-macam jenis lip balm dekat pasaran dan seeloknya kalau nak pakai ke sekolah, korang pilihlah yang tak berwarna! Takut nanti pakai yang ada warna, kena tahan pula dengan pengawas sekolah! Haha! Kebaikkan memakai lip gloss atau lip balm ialah membantu rawat bibir yang kering tau!

PETROLEUM GEL


Tak kira la apa jenis dan jenama sekali pun petroleum gel tu, fungsinya tetap sama iaitu akan buatkan korang cantik dengan sekelip mata! Hehe! Sebelum pergi sekolah, cuba sapukan sikit petroleum gel menggunaka berus kecil dekat bulu mata supaya nampak segar sepanjang hari tanpa perlu pakai maskara! Plus, bulu mata korang akan extra lentik nanti! Yay!

Mudah je kan nak dapatkan natural beauty untuk ke sekolah! LUNARIA harap tips and tricks ni membantu #Lunagirls yakin pada diri! Eh tapi ingat tau, jangan touch up banyak sangat, takut kena tahan dengan cikgu pula.. Hihi!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tips Menabung Paling Senang!!

Manicure Pedicure Dekat Rumah Je!