in ,

Say No To Ketiak Berjerawat!

Sumber Gambar: https://thehooksite.com

Hello #Lunagirls! Jerawat bukan saja  boleh ‘muncul’ dibahagian muka.. tapi boleh ada dekat punggung, badan dan ketiak tau! Ketiak? Ya! Ketiak kita girls! OMG! Pada yang ada jerawat dibahagian ketiak tapi malu nak tanya siapa dan segan nak tanya kawan-kawan, meh sis Ummi kongsikan faktor ketiak kita berjerawat!

GARU KETIAK

via GIPHY

Kalau tengah berpeluh mesti akan garu ketiak kan? Haa, dalam sedap layan garu ketiak tu sebenarnya tak elok tau! Ketiak kita berjerawat disebabkan oleh kesan garu dan luka! Kombinasi peluh dan luka akan mempercepatkan bakteria membiak! Boleh je nak garu, tapi please garu-garu manja je okay #Lunagirls?

CUKUR

Sumber Gambar: https://ernachiripa.wordpress.com

Kadang korang perasan tak, lepas kita cukur bulu ketiak, kulit bahagian kita akan kemerah-merahan dan gatal.. Ha! Itu tandanya radang kulit! Cara mencukur yang salah akan menyebabkan radang kulit..lepas tu jerawat pun datang ‘singgah’ dibahagian yang luka! Kalau boleh, selepas mencukur #Lunagirls elakkan dari menggaru dan gunakan produk cukur yang sesuai dengan kulit!

SALAH PILIH DEODORANT

via GIPHY

Pemilihan deodorant pun penting #Lunagirls! Jika kita ada allergy with any chemical daripada bahan deodorant, kulit ketiak akan jadi lebih sensitif dan jerawat akan tumbuh! Jadi kalau boleh belilah deodorant free paraben, no fragrance atau buat je deodorant berasaskannatural ingredients..  Nak tahu macam mana? Meh klik artikel Ummi ni “Ketiak kepam? Cuba guna ini…” 

MALAS BERSIHKAN KETIAK

via GIPHY

Ha! Ini dalam tak sedar mesti ramai yang buat! Lepas lega mandi, basuh rambut dan bahagian badan yang lain-lain, kita lupa pasal ketiak! Sebenarnya dengan hanya angkat tangan dekat shower tak cukup untuk buatkan ketiak kita bersih tau! Kalau boleh, #Lunagirls gunakan tapak tangan dan gosok-gosokkan di bahagian ketiak ya.. Tapi jangan gosok kuat sangat okay?

SEMBUR PERFUME

via GIPHY

Bila terlupa bawa deodorant, sembur je perfume! Haa siapa pernah buat macam ni? Stop girls! Walaupun berlapikkan baju tapi ia masih boleh menyerap ke dalam tau.. Kulit dibahagian ketiak agak sensitif, perfume pula mempunyai bahan chemical yang kuat akan menyebabkan radang kulit dan jerawat pun akan singgah! Huhu!

Kebersihan dan penjagaan diri sangat penting girls! Walaupun tak ada sesiapa nak tengok ketiak kita, tapi iakan sebahagian daripada badan kita! Nanti kalau orang ternampak, mesti dia kata “Muka je bersih, ketiak? Alamak…… Opss!”

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bakal Join Latihan Ketenteraan… Take Care OPPA!

Phone Paling Sesuai Untuk Gamers! 📱⚔️