in , ,

Say No More To Rambut Rosak!

Sumber gambar: unsplash.com/@anniespratt

via GIPHY

Hola girls! Rambut korang selalu kering tak? Baru lepas buat treatment pun rambut still kering lagi? It’s okay girls, sangat normal untuk gadis remaja mempunyai isu ni! Harini LUNARIA akan share penyelesaian dengan korang! Jawapannya guna buah je chuols! Lepas habis baca tips ni, korang  boleh cari buah-buahan untuk cuba with your squad okay! 

MASK AVOCADO

via GIPHY

Yup, avocado ni bukan je boleh jadi mask muka tapi boleh juga jadi mask rambut tau! Dalam avocado ni ada vitamin E yang akan membantu rambut korang kekal lembap, mengurangkan kerosakan rambut dan cepatkan pertumbuhan rambut tau!  Caranya korang ambil ½ biji buah avocad, blend and campur setengah gelas air dengan sebiji telur! Lepas tu, sapu pada rambut dan biarkan selama 20 minit dan terus bilas dengan air suam!

MASK PISANG

via GIPHY

Selain buat cekodok, pisang pun boleh buat rambut lembut, kurangkan masalah rambut kering dan kurangkan masalah rambut kering! Dengan vitamin A dan C yang ada dalam pisang tu sendiri, rambut kering pun akan jadi lembut dan tak bercabang. Korang hanya perlu sediakan dalam 1 atau dua biji pisang yang dicampurkan dengan 3 sudu yogurt asli and 2 sudu madu asli. Bila dah gaul sama rata, sapu je dari pangkal sampai ke hujung rambut. After 30 minutes, bilas dengan air suam! Siap!

MASK LEMON

via GIPHY

Biasanya kalau nak kurus mesti kita amalkan detox lemon kan, tapi lemon pun boleh dipakai untuk dapatkan rambut yang sihat. Kelebihannya, akar rambut akan kuat, pertumbuhan akar rambut makin cepat, lebatkan rambut dan banyak lagi lah. Korang hanya campur dan gaul 2 atau 3 senduk air perahan limau dan 1 sudu campuran madu sampai jadi texture mask. Lepas tu, lumurkan dekat kepala selama 15 minit sebelum korang tutup kepala dengan shower cap selama 15 minit lagi then bilas dengan air suam! Senangkan!

MASK NENAS

via GIPHY

Nak rambut bebas daripada kelemumur, rambut lebat dan elak rosak? #Lunagirls try mask buah nenas ni! For your information, vitamin C dan kandungan antioksidan dalam nenas akan bantu korang settle kan masalah tadi. Caranya sangat mudah, korang hanya perlu kisar buah nenas sampai lumat dan jus tu korang jadikan sebagai conditioner. Sapu rata dekat rambut then balut guna tuala lebih kurang 20 hingga 30 minit, selepas tu terus bilas okay?

via GIPHY

Mudahkan nak cantikkan rambut! Kalau belum ada bajet nak pergi buat treatment rambut kat kedai atau rasa malas nak keluar, #Lunagirls boleh buat cara ni dekat rumah je! Nak lagi fun, ajak adik-beradik 1 family buat sekali! Hihi! Selamat mencuba!

P/s: Bahan-bahan yang digunakan maybe tak sesuai dengan semua jenis rambut tau! So make sure korang test dulu dekat kulit tangan sebelum sapu pada rambut okay #Lunagirls?

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Pssst..Takut Nak Mencukur? Cuba Cara Ini…

What SPM Minggu Depan?! JOM Buat Check List…