in ,

Sasaeng Yang Pernah Ganggu K-Pop Idol Dengan Cara Paling Ekstrem

Sumber gambar: kdramareader.blog

Tak dinafikan, kadang-kadang cinta seseorang kepada artis itu memang luar biasa. Sampai ada yang terobsesi dan sanggup ambil keputusan untuk menganggu dan melanggar privasi mereka. Eh? Mana boleh kan macam itu? Memang tak baik betul! Kalau korang dengar setakat blackmailed semua itu baru sedikit sebab ada beberapa artis, lebih lagi K-Pop yang pernah diganggu oleh sasaeng atau lebih kita kenal dengan peminat yang terobsesi yang melakukan gangguan paling ekstrem kepada K-Pop idol. Jom tengok siapa saja yang pernah kena.

EXO: MASUK TOILET & CCTV

Sumber gambar: weheartit

EXO antara group K-Pop yang paling ramai sasaeng hantui hidup mereka. Pernah ada sekali itu, seorang sasaeng perempuan sanggup menyamar sebagai lelaki supaya dapat masuk ke dalam toilet yang member EXO pergi. Bukan setakat itu, waktu mereka ada tour concert di luar negara ada sasaeng dah siap-siap pasang CCTV yang lengkap dengan perakam audio di hotel yang mereka tinggal.

JACKSON GOT7: IKUT KE RUMAH

Sumber gambar: aminoapps

Padahal Jackson GOT7 ini dah baik sangat sentiasa layan kalau boleh each one peminatnya di luar pun masih jadi mangsa diganggu oleh sasaeng. Jackson pernah diikut oleh sasaeng sampai di rumah di Hong Kong itu tau! Lepas itu, sasaeng itu siap sebarkan alamat penuh rumah Jackson. Memang seram betul!

JUNGKOOK BTS: SELUAR DALAM & JILAT TOILET

Sumber gambar: weheartit

Golden maknae kesayangan ramai ini memang tak perlu disebut lagi peminat dia. Memang ramai sangat dan peminat sasaeng dia pun antara yang paling ramai dalam industri K-Pop itu. Jungkook BTS pernah ada kes yang mana orang kata sasaeng follow dia ke toilet atas flight dan selepas itu sasaeng pergi jilat toilet yang dia dah guna itu. Euwww sangat kan! Ada lagi satu yang mana siap seluar dalam yang Jungkook pakai pun mereka boleh dapat sebab kawan sasaeng itu kerja sebagai salah seorang staff Big Hit tapi nasib baik sudah diambil tindakan kalau tidak silap.

HIMCHAN B.A.P: CAMPUR JULAP DALAM AIR

Sumber gambar: eonline

Ingatkan dalam movie atau drama saja yang jadi untuk prank. Rupanya boleh jadi betul juga kan dengan Himchan B.A.P. Ada satu masa dulu, waktu B.A.P nak buat penampilan di Music Bank iaitu acara muzik paling popular di Korea, Himchan telah diberikan satu minuman yang telah dicampurkan dengan ubat julap oleh sasaeng, weh korang tak ada kerja lain ke nak seksa artis macam itu sekali?

HEECHUL SUPER JUNIOR: KEMALANGAN

Sumber gambar: weheartit

Untuk yang mungkin tak tahu, awal-awal semasa Super Junior debut. Heechul antara anggota yang paling ramai peminat tau! Dan disebabkan hal itu, Heechul pernah diikuti oleh segerombolan sasaeng sampai dia kemalangan yang teruk. Uish! bahaya betul lah! Sampai betul hati sasaeng ini kan!

Ini baru lima sahaja yang kami kongsi tapi untuk pengetahuan korang ada banyak lagi yang lebih dahsyat pernah berlaku kepada beberapa K-Pop idol lain lebih lagi yang wanita. Korang kalau boleh jangan pernah sokong apa yang sasaeng buat sebab semua hal ini memang melanggar hak peribadi mereka tau. Bukan setakat itu saja, semu yang sasaeng lakukan ini pun memang membuatkan idol korang sedih sangat. Korang tak sedih ke kalau mereka sedih? πŸ₯ΊΒ 

What do you think?

11 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Game Indoor Main Bersama Family #dudukrumah

Crush Dah Berpunya, Jom Lupakan Dia Dengan Cara Ini