in ,

Samsung Galaxy Fold 2 Boleh Lipat-Lipat!

hypebeast.com

Boleh ke tablet dan smartphone bergabung? Hmm, sudah tentulah boleh sebab syarikat gergasi telefon dari Korea ini akan keluarkan smartphone Samsung Galaxy Fold 2. Telefon ini dikenali sebagai smartphone generasi kedua yang boleh dilipat. Nak tahu tak dia boleh lipat macam mana? Dia lipat tepi.. Tak macam smartphone dulu-dulu yang kebanyakannya lipat atas ke bawah. Woah! Makin maju! Okay meh kita tengok sikit smartphone Samsung Galaxy Fold 2 ini boleh buat apa saja…

firstpost.com

Kalau korang nak tahu saiz smartphone Samsung Galaxy Fold 2 ini adalah 7.3 inci dan skrin utamanya Samsung gunakan panel Dynamic AMOLED dengan resolution sebesar 1536×2152. Kiranya, smartphone ini memang besar dan panjang sebab skrin luarnya sahaja bersaiz 4.6 inci. Woah! Untuk tangan kita yang kecil ini macam mana agaknya nak pegang ya? Mungkin kena guna dua tangan.. eh selfie pula macam mana nanti? 

pocket-lint

Selain itu, untuk bahagian dalam pula smartphone Samsung Galaxy Fold 2 ada cipset Snapdragon 855 yang memuatkan 12 GB RAM dan 512GB memori dalaman dan dua bateri dengan kapasiti 4380 mAh. Paling best untuk Samsung Galaxy Fold 2 ini ia ada enam kamera. Kamera utama ada di bahagian belakang dengan tiga lens 12MP + 12MP + 16MP dengan kebolehan 2x optikal zoom, fungsi OIS dan rakaman video 4K. Dua kamera digunakan pada hadapan untuk selfie pada mod tablet dengan lens 10MP dan 8MP. Manakala satu lagi kamera 10MP di bahagian luar untuk selfie pada mod smartphone. Mula ada satu je camera, sekarang dah ada orang cipta 6.. mungkin lepas ini 10?

thesouthafrican

Samsung Galaxy Fold 2 juga boleh multi-tasking yang mana korang boleh buka lebih dari tiga aplikasi yang berlainan pada waktu yang sama dan ketiganya akan berfungsi seperti biasa. Nak main game sambil buat kerja kursus dalam telefon ini pun kiranya boleh juga kan? Boleh cuba pujuk mak belikan.. hehe! 

pocket-lint

Kemudian, kalau #Lunagirls nak tahu smartphone Samsung Galaxy Fold 2 ini pun boleh dilipat secara kecil dan boleh dilipat untuk masuk dan simpan dalam seluar walaupun poket korang kecil. Selain itu, macam biasa ia turut disertakan dengan wireless charger dan earbud yang boleh dibawa kemana sahaja. Haish, makin canggih dan mesra pengguna betul ya smartphone sekarang. Kalau ada antara korang yang guna phone nanti jangan lupa ajak Zoe selfie sekali eh.. teringin juga nak tengok hasil gambar guna 6 camera! 

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Paper Exam Lambat Lagi, Apa Nak Buat Dekat Rumah?

G-Dragon Bakal Keluar Military Weekend Ini!