in ,

Sampai Bila Nak Kena Friendzone Ni?!

Sesungguhnya, friendzone itu memang menyakitkan. Kita suka dia, tapi rupanya dia hanya anggap kita kawan biasa.

Mana geng yang selalu kena friendzone ni? Jom kita buat Whatsapp group nak? Huhu! Berapa lama dah korang ni kena friendzone? Sampai bila nak kena friendzone je? Apa kata kita sama-sama keluar daripada zone kegelapan tu dengan cara…

YAKINKAN DIRI

Before buat sesuatu keputusan, mesti la kena fikirkan elok-elok supaya memudahkan urusan kita kan? Cuba fikir apa sebab korang suka dekat si dia tu? Just imagine kalau kena friendzone dengan dia, adakah lepas tu korang still berkawan atau akan jadi stranger? Sebabtu before buat keputusan, korang kena yakinkan diri sendiri dulu plus minus yang akan jadi pada hubungan korang berdua.

TANYA PENDAPAT RAKAN-RAKAN

Soal hati ni takkan nak terus rujuk dekat parents terus kan? Orang yang paling dekat dengan korang waktu sekolah mesti la kawan-kawan. Why not tanya pendapat kawan-kawan. Bila kita tanya pendapat orang lain ni, baru la kita rasa yakin sikit sebab pandangan orang tak sama dengan pandangan kita. Maybe si dia tu memang sesuai jadi kawan je dan bukan kekasih? Tabah okay girls.

SABAR

Sabar kan separuh daripada iman. So korang kena sabar dan redha je even kena friendzone banyak kali dengan orang yang sama. Sebab tu la kena cari crush baru so that boleh cuba nasib dengan orang lain pula, eh? Jangan terburu-buru bab perasaan ni. Maybe tahun ni si dia friendzone korang, siapa tahun tahun depan korang pula friendzone si dia. Tapi kalau dah suka tu jangan la friendzone balik, terima la semula cinta lama tu.

KERNA TERPAKSA KU RELAKAN

Hati ni mana boleh nak paksa. Kalau orang dah tak suka kita, takkan nak paksa bagi dia suka juga? Nanti bercinta atas dasar terpaksa je tau. Kumbang bukan seekor, ada banyak lagi kumbang yang ada. Maybe kumbang ni taknak dekat korang tapi ada kumbang lain yang sedia menanti cinta korang. Redha je la kalau si dia dah friendzone korang, jangan paksa dan jangan sampai putus kawan okay.

Tak apa la girls, kalau korang kena friendzone pun tak bermaksud hidup korang dah berakhir. Panjang lagi perjalanan kehidupan ni. Teruskan belajar sampai berjaya okay?

What do you think?

-2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tanda² Korang Syok Sendiri!

Stereotaip Masyarakat Terhadap Remaja!