in ,

Sambutan Kemerdekaan Di Sekolah, No. 4 Paling Best!

Sumber gambar: Astro Awani/ TheStar

Tanggal 31, bulan lapan lima puluh tujuh.. Merdeka! Merdeka! Tetaplah merdeka, Ia pasti menjadi sejarah…

Bersemangat betul rasanya bila setiap kali dengar lagu Tanggal 31 ini… Bila dengar sahaja, terus rasa nak berdiri tegak sambil menyanyi beramai-ramai. Korang rasa macam ini juga tak? Maklumlah, lirik lagu ini membuatkan kita rasa bersemangat bersempena bulan Ogos iaitu bulan kemerdekaan. Masuk sahaja bulan Ogos, kita akan mula dengar lagu patriotik berkumandang di radio.

via GIPHY

Memandangkan sekarang ini kita masih dalam PKPP, persekolahan tetap berjalan seperti biasa tetapi ada beberapa aktiviti yang tidak dibenarkan dijalankan pada masa yang terdekat. Sebelum ini banyak sahaja aktiviti sambutan Kemerdekaan dapat dijalankan dekat sekolah, tetapi nampaknya tahun ini aktiviti itu terpaksa ditangguhkan bersempena PKPP. So hari ini, kami akan share dengan korang beberapa aktiviti kebiasaan akan kita lakukan di sekolah setiap kali sambutan Kemerdekaan. Mungkin korang akan rindu sambut merdeka selepas habis baca artikel ini…

KELAS I CANTIK, KELAS YOU?

Atuk: PERTANDINGAN KECERIAAN KELAS SEMPENA MERDEKA 2017
Sumber gambar: Atukblogger

Biasanya ketua kelas paling bersemangat untuk bagi cadangan, kumpulkan satu kelas bincang idea dan bahagikan tugas. Maklumlah kan dia yang jaga kelas itu so mesti nak jadi kelas yang paling cantik dan paling penting menang untuk pertandingan kelas tercantik. Lagi banyak bendera Jalur Gemilang berkibarΒ lagi tinggi peluang untuk menang dan bergelar juara. Itu yang sampai sanggup stay sampai petang demi untuk menghias kelas. Tak campur lagi sewaktu hari pemilihan, ajak lagi satu kelas pakai ‘baju bendera’ untuk dapatkan bonus point! Bukan itu sahaja, additional poster tokoh-tokoh juga memainkan peranan berserta bait-bait kata mereka. Biar kelas cantik dan nampak kemas, bukannya penuh dengan bendera semata-mata.

LARIAN KEMERDEKAAN

15 Aktiviti Menarik Sepanjang Bulan Kemerdekaan
Sumber gambar: Cikguhailimi

Cakap sahaja acara apa, larian merentas desa ke atau apa sahaja acara melibatkan lari, mesti akan ada muka yang sama sahaja menang dapat jadi TOP 5 atau TOP 10. Maka dengan itu, acara larian bersempena bulan kemerdekaan merupakan ‘acara wajib’ dilakukan setiap bulan Ogos di beberapa sekolah. At the same time, acara larian ini juga akan memeriahkan lagi suasana sepanjang minggu. Lagi best bila sambil berlari itu, kita kena pegang bendera Jalur Gemilang sebagai semangat untuk terus berlari sehingga ke garisan penamat. Baru rasa penat lelah macam mana orang dulu-dulu perjuangkan Tanah Melayu kita.

SAJAK/ PUISI TIME

Kaki geng sendu atau orang kuat kelab Bahasa Melayu mungkin akan masuk pertandingan deklamasi sajak atau puisi ini. Di situ mereka akan dapat asah bakat yang ada, menang kalah itu lain cerita asalkan kita dapat tunjukkan bakat pada satu sekolah. Tetapi lagi best kalau sajak itu disampaikan sendiri oleh Tokoh Kemerdekaan atau sesiapa yang merasai pengalaman hidup ketika zaman Tanah Melayu dijajah. Barulah kita rasa lebih bersemangat nak dengar dan aura cerita itu akan jadi lain sebab apa yang disampaikan itu merupakan kisah sebenar.

MELARAM SANA SINI

Pertandingan pakaian beragam sempena sambutan Bulan Kebangsaan ...
Sumber gambar: Astro Awani

Dulu ada beberapa sekolah buat pertandingan pakaian tercantik which is kita bebas untuk pakai pakaian tradisional tetapi dengan syarat kena bersiap bersungguh-sungguh kalau nak menang hadiah. Kiranya ia sebagai pertandingan pakaian tradisional tercantik bersempena bulan Kemerdekaan. Siapa pakai baju paling cantik dan kreatif, akan menang pertandingan tersebut. Waktu itu kita akan nampak satu sekolah melaram demi untuk bergelar King and Queen Kemerdekaan. Siapa yang hati keras mesti akan pakai baju diperbuat daripada bendera Jalur Gemilang…

NO CLASS DAY

600 pelajar, guru SMKDA sambut program bulan merdeka | Nasional ...
Sumber gambar: BHarian

Selalunya bagi menyambut bulan Kemerdekaan, pihak sekolah akan memberitahu at least selama seminggu ada banyak aktiviti yang akan dijalankan. Hari terakhir pula merupakan hari penentuan siapa yang bergelar juara bagi setiap pertandingan yang dibuat. So di situ sahaja nanti sepanjang hari korang akan sibuk dekat sekolah. Biasanya kalau macam itu sesi P&P tidak akan dijalankan pada hari tersebut. Cikgu pun sibuk nak buat preparation juga, para pelajar boleh bersuka ria sekejap sambil usha kawasan sekolah.

Walaupun pada tahun ini kita tidak dapat menyambut bulan Kemerdekaan seperti tahun yang lepas, itu bukan bermaksud korang boleh lupakan begitu sahaja perjuangan orang lama untuk melepaskan negara kita daripada terus dijajah. Kalau ada free time, bolehlah korang baca kisah sejarah ya, baru boleh bertambah sikit ilmu pengetahuan dan rasa cintakan negara! Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan Ke-63!

Psst: Jangan biarkan hati korang terus dijajah dengan cinta palsu ya, LOL!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

BTS X Baskin Robbins Tawar Perisa “Bora-Bora” Khas Untuk ARMY!

Tips Nak Kurangkan Makan Khas Buat Korang Yang Nak Mula Diet