in ,

Salun Tutup? Jom Cantikkan Rambut Guna Lemon

Sumber gambar: Instagram tee_lunaria / fayalunaria

Alamak, 2 bulan lepas baru je pergi saloon buat treatment rambut. Sekarang dah jadi kering pula rambut. Urghh buat habis duit je!

Bertabahlah girls, sekarang bukan kita saja yang tak boleh nak pergi buat rambut kepuk-kepuk tapi semua orang termasuk boys pun lalui benda yang sama. Kedai gunting rambut tutup, so rambut pun dah jadi macam hantu Kak Limah.. sebab hanya harapkan penjagaan sendiri dekat rumah.

Kwangmong : Adopted Sister?! - part 1 - Wattpad
Sumber gambar: Wattpad

Walaupun semua salun tutup, tapi tak bermaksud korang boleh biar rambut rosak. Kita masih boleh maintain rambut cantik dengan hanya menggunakan bahan-bahan semula jadi yang ada dekat rumah. Antara bahan yang korang boleh gunakan ialah lemon!

Setiap girls mesti mahukan rambut yang cantik, lebat, tiada kelemumur, tak berminyak dan macam-macam lagi masalah rambut yang lain. Korang hanya perlukan tiga bahan sahaja iaitu:

  • 3/4 biji lemon
  • Air suam
  • Botol spray

Cara-caranya pun sangat simple:

  • Potong lemon dan buang biji serta perah jus ke dalam mangkuk.
  • Letakkan sedikit air suam, lebih kurang dua bahagian air, satu bahagian jus lemon
  • Campurkan kedua-duanya sekali ke dalam botol
  • Goncang botol dan korang dah boleh spray jus lemon ke kepala
Sumber gambar: Pinterest

Senankan caranya? Ya, memang simple pun dan semua bahan ini boleh jadi ada dekat dalam peti ais rumah. Lemon sangat popular sebagai buah yang kaya dengan vitamin C kerana sangat mampu untuk meningkatkan sistem imun dalam badan. At the same time, lemon juga mempunyai sifat pemulihan serta pemutihan. Before this mesti korang pernah dengar tips putihkan ketiak dengan menggunakan lemon? So itulah function buah lemon ini.

KHASIAT

via GIPHY

Selain sedap diletakkan dalam air, buah lemon ini juga memberi khasiat yang lain untuk tubuh badan kita iaitu:

  • Membuatkan rambut menjadi lebih bersinar
  • Mengurangkan masalah rambut berminyak dan kelemumur

At the same time kalau kita hanya lumurkan lemon ke kulit kepala juga mampu merangsang pertumbuhan rambut dengan lebih cepat. Kalau dibiarkan lemon di kepala selama 10 minit selepas mencuci, ia mampu untuk mengurangkan kelemumur dan membuat rambut bersinar serta lebih sihat.

Khasiat Air Perahan Lemon Untuk Turunkan Suhu Anak Demam. Sangat ...
Sumber gambar: Seringgit

Walaupun lemon mempunyai asid yang mana tidak digalakkan untuk diletakkan dekat kulit muka tetapi ia bagus untuk rambut. Ia tidak merosakkan atau mengeringkan rambut kita. Malah, rambut yang sering terdedah dengan sinar matahari akan membuatkan rambut rosak. Disebabkan itulah kita tidak digalakkan untuk berada di bawah sinaran matahari terlalu lama selepas korang menggunakan lemon di kepala.

via GIPHY

Nak cantik dekat rumah pun boleh juga tau. Tak perlu sampai berhabis duit beratus ringgit ke salun. Lagi-lagi dalam tempoh PKP, memang buat salun sendiri di rumah saja. Korang juga kena rajin untuk shampu rambut dan pakai conditioner. Kemudian, kena juga pakai produk rambut seperti serum atau vitamin tambahan. Baru rambut cantik, kalau nak harapkan shampu je memang tak dapatlah melainkan korang memang jenis rambut semula jadi cantik.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bakal Keluar Album Baru, BTS Akan Update Live Vlog Seminggu Sekali

“Buat TikTok Pun Boleh Keluar Peluh,”- Irfan Haris