in ,

Salahkah Cakap Bahasa Rojak?

Sumber gambar: http://imunews.imu.edu.my/people/alumni/imu-psychology-alumnus-works-youths/

Sebagai seorang rakyat yang lahir dan membesar di Malaysia, kita dari kecil dah terbiasa hidup harmoni walaupun dengan adanya berbilang bangsa dan agama. Selain itu, bahasa yang kita gunakan dalam perbualan seharian pun kadang-kadang sudah bercampur dan sebenarnya ia dah dianggap biasa betul tak #Lunagirls?  

Sumber gambar:

Biasanya, kita akan berbual bahasa ibunda kita seperti orang Melayu akan berbahasa Melayu, India berbahasa Tamil dan Cina berbahasa Mandarin. Disebabkan tidak semua individu mampu menguasai bahasa ini antara satu sama lain, jadi bahasa Inggeris adalah bahasa pengantar kedua yang mana hampir semua rakyat Malaysia mampu bertutur dan menulis menggunakan bahasa ini. Oleh itu, wujudlah bahasa rojak atau pun ‘manglish’ dan lain-lain bahasa yang kita guna dalam kehidupan seharian kita.

Sumber gambar:

Alasan ini juga yang menjadikan negara kita sebagai sebuah negara yang unik tau! Tapi masalahnya kalau korang perasan masih ada lagi beberapa orang yang merasakan kalau guna bahasa rojak itu macam salah disisi undang-undang dan agama. Haters gonna hate! Bagi Zoe tak salah pun kalau sesiapa nak gunakan bahasa rojak as long bahasa itu kita tak permainkan bahasa tersebut sehingga menyinggung perasaan kawan kita yang mother tongue dia bahasa Melayu ke, Tamil ke, Mandarin dan lain-lain.

via GIPHY

Bahasa rojak ini bukan setakat Melayu campur English saja ya kawan-kawan! Tapi boleh je jadi Melayu + Tamil, Melayu + Mandarin, Mandarin + Tamil dan lain-lain. Contohnya, “ane, saya nak tapau tosai satu!”. Ha! complete semua bahasa dan boleh jadi juga bahasa itu dicampurkan dengan loghat negeri yang ada di Malaysia. Jadi, kepada yang rasa bercakap bahasa rojak itu salah, tapi dalam ujian penulisan make sure guna bahasa yang betul ya, hehe!

via GIPHY

Selain itu, kalau ada kawan-kawan yang try hard untuk cuba berbual dalam pelbagai bahasa sebaiknya korang support sekali dan bukannya kecam. Sambil korang sokong, korang belajar sekali. Mana tahu, soon korang boleh jadi seorang yang multilingual? Waktu itu, mesti ramai yang suka berkawan dengan korang sebab pandai banyak bahasa. Hehe! Bestnya! 

via GIPHY

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

FB Story Pun Boleh Share Lagu Dari Spotify!

No More Vagina Berbau ‘Ikan Masin’!