in ,

Salah Tindik Telinga Boleh Bernanah!

Sumber gambar: hellosehat.com

Macam best je tindik telinga… Sakit tak agak-agak? Senang ke nak jaga? Kalau berdarah nanti macam mana pula? Alaaa… Seram juga ni..

via GIPHY

Ada #Lunagirls baru nak tindik telinga tapi risau sakit atau takut nak jaga? Mula-mula akan rasa agak leceh sebab kena jaga pantang makan, kena selalu bersihkan supaya tau berbau dan banyak lagi.. Tapi lama-lama mesti korang suka sebab nampak lagi cantik bila bertindik telinga! Harini LUNARIA nak bagi korang tips and tricks penjagaan tindik telinga..

GUNA JARUM BUKAN PISTOL

Sumber gambar: vvbanggood.com

Kalau #Lunagirls perasan selalu kalau nak tindik teinga, mesti guna alat macam pistol tu kan? Tapi sebenarnya kalau guna jenis pistol tu, kulit cuping telinga akan alami tekanan dan akan menyakitkan cuping! Dan bila guna jarum pula, rasa sakit tu akan kurang sikit!

JAGA TINDIK TELINGA

Sumber gambar: everydayhealth.com

Kalau first time nak tindik telinga, mesti rasa excited sampai rasa nak pegang subang tu selalu kan? Sebenarnya, korang boleh je pegang tapi make sure tangan bersih dan kalau nak pusing subang tu, hanya boleh buat waktu telinga basah je okay! Sebab apa? Sebab takut nanti bekas tindik tu akan luka..

KENA TAHU BILA LUKA AKAN SEMBUH

via GIPHY

Biasanya tindik dekat cuping telinga ni cepat je sembuh.. dalam dua atau tiga bulan pun dah okay! Tapi kalau korang tindik dekat area tulang rawan telinga, maybe akan lebih lama lagi lebih kurang 3 ke 9 bulan.. Macam mana nak tahu dah sembuh? Area tindik tu dah tak rasa sakit, tak merah, tak bengkak, maksudnya telinga korang dah sembuh!

TINDIK TULANG RAWAN LAGI REMEH

Sumber gambar: Body Matters Gold

Ada sesetengah orang yang memang suka bergaya, diorang akan tindik dekat area tulang rawan (certilage) untuk nampak lagi cantik bila pakai subang panjang.. Tapi korang kena extra careful untuk jaga luka area situ sebab perlukan masa yang lama untuk sembuh tau! Kan orang kata beauty is pain! Huhu!

Senang je girls kalau korang nak jaga telinga lepas kena tindik.. Korang just kena jaga pantang makan untuk beberapa hari dan jaga kebersihan area telinga supaya tak ada jangkitan dan bernanah! Kalau ada yang tak kena, make sure terus jumpa doktor okay!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Sekolah Perempuan Best Sangat Ke?

Eii! Nafas Awak Bau Telur Busuk!