in ,

Salah Siapa Kalau Pin Tudung ‘MIA’?

Sumber gambar: Twitter.com

via GIPHY

AAARRRGGHHHH! Time dah lambat macam ni la pin tudung hilang entah kemana… Baru je beli minggu lepas, harini tinggal 1 je?! Mana pergi semua pin tudung ni!!!

#Lunagirls pernah alami situasi pin tudung hilang? Hehe! Waktu nak buka tudung tu korang letak dekat mana? Pin tudung ni macam biskut, kejap ada kejap tak ada! Haha! LUNARIA ada idea macam mana korang nak make sure pin tu tak hilang lagi lepas ni..

SIMPAN DALAM BEKAS

Sumber gambar: Harian Metro

Kalau #Lunagirls jenis suka sepah barang-barang, this time kena ubah sikap dan siapkan satu bekas khas untuk letak pin tudung. Tak kisah bekas apa pun, asalkan muat untuk letak pin tudung korang tu.. Biasanya ada je jual dekat kedai tudung and banyak corak yang cute! Tinggal pilih je.. hihi!

JANGAN KELUARKAN SEMUA

Sumber gambar: Pictame

Korang pantang nampak kedai jual pin tudung murah? Suka beli borong sekali 20 pin? Haa sebelum tu, simpan beberapa pin dekat tempat lain dan jangan campur dengan pin yang korang nak pakai. Tujuannya untuk elakkan korang panic bila pin dah ‘hilang’, at least ada lagi spare pin yang lain!

DISIPLIN DIRI

via GIPHY

Ada ke #Lunagirls yang suka letak pin merata-rata? Kejap jumpa pin dekat dapur, atas peti, dekat sinki toilet.. Dah macam cari barang tersembunyi pula kan? After this korang kena lebih berdisiplin dengan cara buka tudung dekat dalam bilik dan letak semula semua pin dekat bekas yang disediakan. Cara tu akan elakkan pin korang ‘hilang’.

JADI KEDEKUT

via GIPHY

Bukan bermaksud korang tak boleh share pin tu dengan orang lain. Tapi elakkan untuk biasakan diri bagi orang lain pinjam barang penting macam tu. Sebab sometimes maybe diorang lupa nak pulangkan end up korang sendiri yang merana sebab pin tudung tak cukup. Hehe! Tapi kalau orang tu terdesak nak guna pin, bagi la pinjam satu je tau. Hehe!

via GIPHY

Tak susah pun sebenarnya nak maintain jaga pin tudung ni. Nampak macam simple je tapi pin tudung ni benda yang paling penting untuk hijabis. Tak ada pin, habis melayang tudung kena tiup angin! Ops!

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jaga-Jaga! Hand Dryer Lagi Banyak Kuman!

Sekolah Power, Ada Sejarah Tersembunyi