in ,

Salah Pilih Warna Blusher, Muka Nampak Macam Udang?!

Sumber gambar: www.today.com

via GIPHY

Hello #Lunagirls! Siapa suka pakai pemerah pipi atau pun blusher? Yay! Kita geng! Bila kita pakai blusher, muka akan nampak manis dan comel je.. senang cerita nampak ala ala natural beauty gitu! Hehe! Tapi #Lunagirls tahu tak, texture blusher ada bermacam jenis.. Dan kita tak boleh main pakai je, kena ikut kesesuaian kulit juga tau.. Nak tahu yang mana lebih sesuai? Meh Ummi terangkan..

KULIT KERING

Sumber Gambar: http://www.sabrinatajudin.com

Bagi #Lunagirls yang mempunyai kulit kering, korang lebih sesuai menggunakan blusher yang mempunyai cream texture! Sebab ia akan lebih kelihatan sekata dengan kulit. Bila korang pakai yang powder, ia akan menampakkan kulit korang lebih kusam dan kulit korang akan semakin kering. Jadi hati-hati ya!

KULIT BERMINYAK

via GIPHY

Ha! Kalau untuk kulit berminyak, blusher texture powder sangat sesuai sebab ia akan terletak elok dekat muka korang! Dan ia juga membantu kulit korang akan nampak lebih matte. Kalau pakai yang krim tu, ia akan cair macam aiskrim.. Hihi!

KULIT NORMAL

Sumber Gambar: https://www.tokopedia.com

Korang pernah nampak blusher yang texture dia bulat-bulat macam jelly kecil? Blusher ini akan buat kulit muka yang normal ‘bercahaya’ tau! Lain macam kan? Ala ala glowing goddess gitu..

KULIT NORMAL TAPI KERING

Sumber Gambar: https://www.glossypolish.com

Kalau untuk kulit kering tadi pakai krim, untuk kulit jenis ini boleh gunakan blusher gel ataupun cecair. Blusher ni akan buat kulit korang nampak lebih natural, berkilau dan shining.. Membantu buatkan kulit kita akan nampak lembut!

Selama ni main hentam je pakai.. asalkan nampak cantik kan? Sama lah dengan Ummi, Haha! Dan selalunya mesti pilih pakai powder je sebab senang nak pakai dan boleh dapat dekat mana-mana! Tapi lepas dah tahu ni apa kata korang cuba tukar mesti nampak lagi better and glowing okay!

What do you think?

-3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Senarai Pilihan Boy Crush 2019! Ehekk! 😍

Girls Pun Boleh Jadi Pro Gamer Tau!