in ,

Salah Ikat Rambut Punca Gugur Dan Rosak?

Sumber gambar: wallpapersprinted

Ishh kenapa rambut aku ni asyik gugur je, getah rambut pun putus je tak habis. Haihh takkan kena beli getah lain?

Bila dapat ikat rambut ni memang rasa best sangat, lagi-lagi kalau tengah cuaca panas memang kena ikat je la rambut ni. Tapi kalau asyik selalu sangat ikat rambut ni pun boleh buatkan rambut rosak juga. Nampak je macam remeh tapi kalau salah ikat rambut, boleh buatkan rambut rosak pula.

via GIPHY

Korang mesti tertanya-tanya, kenapa la agaknya rambut korang tu asyik rosak atau gugur je setiap kali selepas ikat rambut. Lagi-lagi kalau yang bertudung tu, mesti getah rambut ialah BFF korang kan? Biasa la kalau dah bertudung tu mesti la kena selalu ikat rambut, sebab tu la yang boleh buatkan rambut gugur tau. Ha, jom tengok apa agaknya kesalahan yang biasa kita buat setiap kali bila ikat rambut sehingga membuatkan rambut kita rosak dan gugur.

GAYA IKAT RAMBUT YANG SAMA

34 Pretty Ponytail Hairstyles That Prove They're Coming Back Big ...
Sumber ganbar: southernliving

Ikatan rambut ponytail tu memang famous la sampaikan semua gadis mesti akan ikat rambut dengan gaya tu, termasuk la Ainaa sendiri. Bukan apa, gaya tu la yang paling mudah dan cepat. Tapi kalau korang nak tahu, kita kena la juga ubah sikit gaya ikatan rambut tu sebab nanti bila dibuka ikatan, akan tertinggal bekas getah dekat rambut tu. Perkara itu la yang membuatkan rambut menjadi rapuh disebabkan tekanan yang terlalu lama yang mana menyebabkan rambut jadi rosak. Bagi mengatasi perkara tersebut, korang kena la sentiasa ubah gaya rambut supaya tidak mudah rosak.

IKAT RAMBUT WAKTU BASAH

via GIPHY

Kejap kejap, Kina tengah nak keringkan rambut. Sabar la kejap kakak, takkan nak terus ikat je rambut ni?

Masalah besar kepada hijabis kalau korang mempunyai rambut panjang tetapi tidak ada hair dryer. Hair dryer ni benda ‘wajib’ pada setiap girls tau sebab ia akan memudahkan kerja mengeringkan rambut korang. Biasa la kalau dah kelam kabut nak bersiap tu, rambut basah pun korang terus ikat je kan. Hakikatnya kalau korang selalu buat macam tu, ia akan membuatkan rambut jadi gugur dan mudah patah. Bila rambut kita dalam keadaan basah, ia akan mudah patah dan gugur kalau korang masih tetap ikat lagi rambut tu. Lepas ni make sure korang keringkan rambut dengan sempurna sebelum ikat rambut ya.

IKAT RAMBUT KETAT SANGAT

Ariana Grande's Ponytail Is So Painful to Wear in Real Life
Sumber gambar: Thecut

Haihh asyik jatuh je rambut ni takkan nak ikat ketat sangat, habis rosak sanggul. Leceh la nak buka tudung ni betulkan sanggul…

Ikat rambut ketat-ketat ni memang best sebab sanggul takkan jatuh kalau pakai tudung. Tapi kalau ketat sangat pun boleh buatkan akar rambut mudah rapuh dan terputus. Dilema sungguh kan nak ikat rambut ni, haha! Rambut akan tertarik dengan kuat dan korang pun akan rasa sakit kepala juga disebabkan terlalu ketat. Dalam jangka masa yang lama akan merosakkan folikel rambut sehingga mengganggu kesihatan. At least bagi sedikit ruang dekat rambut korang untuk bernafas dan jangan biasakan ikat degan ketat.

PAKAI GETAH JENIS GELANG

Ubelionline] Ready stock‼️Hairties hairband Getah ikat rambut 发 ...
Sumber gambar: Shopee

Korang tahu kan yang ada banyak jenis getah rambut dijual dekat kedai, daripada paling simple sehingga la yang paling fancy sekali. Tapi kebanyakan girls out there lebih suka memakai getah rambut jenis gelang yang nipis tu sebab lebih selesa kan? Selesa tu memang la selesa tapi sebenarnya getah tu ibarat ‘musuh’ kita sebab ia membuatkan rambut tersimpul dekat getah tersebut. Bukan tu je, rambut pun akan jadi kusut dan mudah gugur. Lagi lama korang pakai getah macam tu, lagi rosak la rambut tu sebab ia akan terus melekat dekat getah tersebut.

IKAT TERLALU LAMA

via GIPH

Macam yang Ainaa cakap tadi, kalau hijabis ni memang akan bersahabat baik dengan getah rambut, lagi-lagi yang berambut panjang tu. Tapi kalau sehari suntuk korang ikat rambut, itu yang membuatkan rambut menjadi rosak dan sukar untuk bernafas. Make sure bila korang dah berada dekat rumah, jangan lagi ikat rambut rambut. Bebaskan dan merdekakan rambut korang tu.

So sekarang dah tahu atau belum punca utama kenapa rambut korang mudah rosak, putus dan gugur kan? Lepas ni elakkan buat perkara ni semua okay girls.

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kelebihan Pengguna iPhone Mungkin Ramai Tak Tahu

Filem Terbaik Tentang Persahabatan Yang Wajib Layan