in ,

Salah Guna Gambar BTS, ARMY Mengamuk

Sumber gambar: www.koreaboo.com

Eh, kenapa guna gambar BTS pula untuk berita deep fake??

Ya! Bukan korang sahaja yang marah, kebanyakan ARMY sedang sibuk trending dengan hashtag “#MBC_합성_사과해” atau MBC Apologize For The Edits selepas MBC salah guna BTS yang telah di edit. ARMY lagi marah apabila gambar dan video BTS yang telah di edit digunakan untuk tajuk berita sexual and pornography. Ini berita serious. Sepatutnya isu sensitif seperti ini tidak boleh berlaku di mana-mana stesen berita di seluruh dunia.

Berikutan laporan berita tentang teknologi “deep fake” yang boleh dimanipulasikan ke atas golongan selebriti, MBC “News Desk” diserang oleh sebilangan peminat BTS  sebab mereka menyangka laporan berita itu menggunakan foto BTS tanpa kebenaran daripada pihak BTS sendiri.

via GIPHY

Untuk pengetahuan semua, “deep fake” adalah teknologi yang mampu memanipulasikan wajah dan suara seseorang dengan menggunakan ilmu kecerdasan buatan (“Artificial Intelligence (A.I.)”). Segmen berita tersebut membincagkan tentang desakan ke atas pihak polis untuk menjalankan siasatan segera terhadap perbuatan tak bertanggungjawab netizen yang menyebarkan gambar-gambar lucah seseorang tak dikenali dengan menekapkan wajah dan suara selebriti ke atasnya. MBC “News Desk” telah menggunakan gambar BTS dan penyanyi Lee Ji Eun, IU, sebagai contoh antara selebriti yang mudah dimanipulasikan menggunakan teknologi “deep fake”.

Bagaimanapun, rata-rata peminat ARMY tidak boleh menerima laporan berita berkenaan dengan mendakwa ianya mungkin tak mendapat kebenaran daripada pihak BTS dan Big Hit sendiri. Oleh itu, ARMY sendiri telah meminta pihak MBC “News Desk” untuk membuat permohonan maaf dengan segera menggunakan tanda pagar #MBC_합성_사과해 di twitter. 

Ini antara contoh tweet yang telah dikongsi oleh ARMY:

Ramai ARMY terkesan dengan berita ini. Mereka berasa tidak puas hati apabila idol mereka diperlakukan seperti ini. Ada yang meluahkan rasa marah apabila MBC hanya berdiam diri dan tidak memberi respond dengan apa yang telah berlaku. Ada juga antara ARMY yang meminta ARMY lain untuk tidak tularkan isu ini sebab tidak mahu nama BTS lebih buruk dan menambah haters BTS sendiri. Hmm, korang dalam kategori ARMY yang mana satu?

b8e775320d1acc86d73f55c4faf8ea24

Selain gambar IU, muka pelakon veteran Jackie Chan juga telah di edit kepada muka salah seorang ahli BTS oleh seorang YouTuber dan video tersebut juga turut digunakan dalam berita MBC. Mungkin ramai menganggap menggunakan gambar orang lain tanpa kebenaran adalah satu perkara yang kecil tapi sebenarnya ia tidak boleh dilakukan tidak kira gambar selebriti atau orang biasa.

Kalau ada orang menggunakan gambar korang tanpa kebenaran, korang haruslah contact terus pemilik atau pengendali laman tersebut untuk buang gambar korang secara professional terlebih dahulu. Tapi, kalau orang tersebut tak hiraukan atau enggan memberi kerjasama, korang boleh laporkan pula kepada pentadbir laman yang telah digunakan contohnya Instagram, Blogspot, Facebook, Tagged, WordPress dan sebagainya melalui report abuse seperti yang telah disediakan oleh pentadbir laman. LUNARIA sarankan koranh letak sekali emel orang yang salah guna gambar tersebut untuk rujukan pihak pentadbir dan yang paling penting, segala bentuk komunikasi seperti chat atau call antara korang dan orang tersebut perlulah disimpan sebagai bukti okay?

Jika pihak LUNARIA sendiri menggunakan gambar korang tanpa sengaja, korang boleh emel atau DM kami di media sosial, Instagram, Twitter atau Facebook kami @Lunariamy okay? Kadang-kadang kami takut terlepas pandang, sorry geng! Apa pun, LUNARIA harap isu ini dapat diselesaikan dengan baik.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Asyik Tengok K-Drama, Jom Usha Drama Thai Pula

Sufian Suhaimi Buat ‘Drama’ Atas Stage ICSYV