in ,

Sakit Kepala Tak Boleh Bincang…

Sumber Gambar: https://dietdietsihat.com

Sakit kepala adalah satu penyakit yang akan dialami semua orang. Bila ia menyerang, habis semua benda tak boleh nak buat. Hm! Kadang-kadang tak buat apa pun, sakit kepala. Ada banyak faktor kenapa korang diserang sakit kepala ni, antaranya… Eii! Sakit pulak kepala Ummi nak fikir, hihi.

STRESS

via GIPHY

Stress ni terjadi sebab kita serabut memikirkan masalah, tak kisah la pasal study ke family or even kawan. Bila kita tidak boleh control semua ni, ia akan menjadi lebih serabut dan mula lah sakit kepala. Jadi apa yang korang perlu buat adalah mengawal emosi dan cuba untuk selesaikan masalah tu. Kalau rasa tak boleh handle seorang, cuba cari bantuan, macam cakap dekat parents, kawan or someone yang korang boleh percaya, nak cakap dengan team LUNARIA pun boleh.

SALAH POSITION DUDUK

Sumber Gambar: https://skputraheights.blogspot.com/

Seharian duduk di meja dan kerusi sekolah dengan position membongkok ketika hendak menulis atau membuat homework pun boleh menyebabkan sakit kepala. Ini kerana ia boleh menyebabkan otot kita menjadi tegang dan berlakunya migrain. Kalau boleh selang beberapa minit, cuba untuk lakukan senaman mudah, macam angkat tangan dan pusing kan mengikut jam, tak pun korang boleh buat regangan. Ala, buat yang simple je, supaya otot tu tak rasa tegang.

HORMON

via GIPHY

Kalau macam kita girls, biasanya akan mengalami sakit kepala yang kuat, sakit sendi, cramp and bad mood ketika nak datang bulan. Ini kerana hormon kita berubah ketika itu, jadi terpaksa lah layan kesakitan yang berganda. Tabahlah! Duhai wanita, hihi.

KURANG TIDUR

via GIPHY

Kita kan kena tidur sekurang-kurangnya tujuh ke lapan jam sehari untuk merehatkan badan dan minda, tapi sekiranya tidur kurang daripada tu korang akan mengalami sakit kepala akibat tidak cukup rehat. Lagipun korang ni pelajar, perlukan rehat yang cukup untuk lakukan aktiviti seharian, nak study, tuisyen, belum masuk dengan aktiviti kokurikulum lagi. So tidurlah secukupnya, untuk pagi yang sihat!

Walaupun pening kepala adalah perkara biasa tapi kalau kerap sangat sakit, ia boleh mengundang penyakit bahaya tau! Better korang check doktor ! Jangan biar lama-lama dan jangan pernah ambil mudah okay girls.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Belajar Last Minute Pun Boleh A…

Sebelum Spotify, Gadget Ni Wujud Dulu…