in ,

Sah, Zynakal Hidap Gangguan Mental!

Sumber gambar: https://www.instagram.com/zynakal/

Haihh, kesian la pula bila dapat tahu perkembangan terbaru penyanyi Zynakal lepas kejadian bertumbuk minggu lepas.

BACA: Isu Gaduh, Zynakal Ada Masalah Jiwa?

JUGA: Jauh ‘Terbang’, Zynakal Mula Mengamuk Di IG

Nampaknya tahun ini merupakan tahun ‘kegelapan’ buat penyanyi muda berusia 21 tahun bila dia disahkan menghidap penyakit gangguan mental. Siapa sangka di usia muda Zyn terpaksa mengharungi detik hitam dalam kehidupannya.

Disebabkan kejadian minggu lepas, Zyn didenda sebanyak RM2,800 oleh Mahkamah Majistret Ampang Kuala Lumpur atas kesalahan mencekik pekerja stesen minyak dan menghalang tugas anggota polis. Difahamkan juga sekarang Zyn sedang mendapatkan rawatan dekat wad psikiatri, Hospital Besar Kuala Lumpur sejak Sabtu lepas.

Image result for zynakal dan syazwan
Sumber gambar

Menurut salah seorang kawan rapat Zyn yang juga Pengarah Urusan SelamatBercuti.com beritahu pihak media pada mulanya Zyn tak nak langsung buat rawatan dekat hospital. Tapi lepas puas dipujuk, akhirnya dia akur. Bila dah dapatkan rawatan, doktor sahkan Zyn menghidap bipolar mania yang mana dia perlu buar beberapa rawatan pemulihan dekat hospital.

Buat masa sekarang, kita masih lagi tak tahu sampai bila Zyn akan berada dekat hospital untuk rawatan susulan sebab dia masih dibawah pengawasan doktor. Ada juga desas desus mengatakan kononnya Zyn dibawah pengaruh dadah. Tapi terbukti hasil ujian air kencing mendapati dia bebas daripada pengambilan bahan terlarang.

Image result for ZYNAKAL DAN CAPRICE
Sumber gambar

Sebelum kejadian ini berlaku, Syazwan akui yang perangai Zyn agak pelik dan langsung tak macam diri dia sendiri. Kadang-kadang apa yang dia cakap susah untuk difahami dan mereka sebagai kawan pun dah mula rasa pelik dengan perubahan yang jadi pada Zyn. That’s why pada awalnya Caprice dan Sufian Suhaimi bawa dia berjumpa dengan seorang ustaz.

Untuk pengetahuan korang, bipolar mania ialah satu gangguan mental yang menyebabkan emosi seseorang berubah-ubah. Simptom yang dialami oleh pesakit ialah masalah tidur, cepat rasa gelisah, lebih aktif daripada biasa, cepat marah, cakap dengan laju dan paling teruk sampai buat sesuatu perkara berisiko sampai membahayakan diri.

Ainaa harap kita semua dapat doakan yang terbaik buat Zyn. Mudah-mudahan dia cepat sembuh dan dapat kembali berkarya menghasilkan lagu-lagu yang lebih berkualiti.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Projektor Terkecil Khas Untuk Movie Lover

Kaki Aiskrim Kena Try Senarai Perisa Rare Ini