in ,

Rutin Yang Perlu Korang Buat Waktu Mandi

Sumber gambar: 180spa.com

Ada tak antara korang yang kalau mandi akan ambil masa berejam dalam bilik air tu. Sampai mak panggil dekat luar pun tak dengar sebab lama sangat ‘bertapa’ dekat dalam toilet.

Biasanya kalau dah mandi kita akan cuci muka, berus gigi, sabun badan, shampoo rambut dan bonus point kalau korang buat scrub badan. That time mesti dah rasa badan bersih.. Tapi jangan confident sangat by that time badan korang dah cukup bersih daripada segala kekotoran. Actually ada beberapa rutin yang perlu korang lakukan sewaktu mandi selain benda yang Ainaa mention tadi. Ainaa akan list beberapa rutin yang boleh korang lakukan untuk dipraktikkan waktu mandi untuk make sure badan betul-betul bersih.

BERUS KUKU KAKI DAN TANGAN

Image result for BERUS KUKU KAKI
Sumber gambar: Aurokatta

Kuku kaki ialah bahagian yang kita sering kali terlepas pandang sebab anggap itu ialah perkara remeh. Walhal kebersihan kuku kaki ialah salah satu bahagian yang penting untuk dibersihkan. Ada sahaja barang yang khas digunakan untuk membersihkan kuku kaki which is nail brush yang mana khas untuk membersihkan kuku kaki dan tangan. Tapi tak semestinya kena pakai nail brush tu, korang boleh juga menggunakan berus gigi. Ehh, bukan berus gigi yang memang korang guna untuk berus gigi tu, guna berus gigi lama. Then waktu mandi tu korang berus je la kuku sambil bersabun, tak perlu lama pun cukup berus seminggu sekali je. Confirm lepas ni kuku korang dah cantik, tak perlu sampai pergi menipedi, hehe!

DRY BRUSHING

Image result for skrub badan
Sumber gambar: Nona

Ada certain orang akan gunakan body sponge bertujuan untuk ‘menyental’ segala daki yang ada dekat badan. Itu digunakan waktu tengah mandi je. Before mandi pun korang boleh juga gunakan dry brushing. Dry brushing ini ialah berus lembut yang direka khas untuk kulit badan. Before mandi, korang boleh la gunakan berus ni untuk berus badan. Lama-lama nanti kulit badan korang pun akan jadi lembut.

LUMUR RAMBUT DAN KULIT KEPALA GUNA MINYAK ZAITUN

Image result for minyak zaitun di kepala
Sumber gambar: Deherba

Before mandi, kita digalakkan untuk menyapu minyak zaitun dekat keseluruhan rambut serta kulit kepala. Biarkan dalam beberapa ketika supaya minyak boleh serap masuk ke dalam kulit kepala. After that, korang boleh dah cuci rambut dengan menggunakan shampu kemudian gunakan conditioner supaya hasil rambut korang akan bertambah cantik, lembut serta sihat bersinar. Tak perlu ke saloon untuk dapatkan rambut yang cantik, cukup buat dekat rumah je dah memadai.

PAKAI SKRUB BADAN

Image result for skrub badan sendiri
Sumber gambar: Hijabandheels

Selepas seharian berjalan sana sini, buat aktiviti harian dekat sekolah sampai ke petang confirm la akan ada daki dekat badan kita. Cara untuk buang semua daki tu ialah dengan menggunakan skrub badan. Dekat kedai ada jual banyak skrub badan or else kalau taknak beli korang boleh buat sendiri dekat rumah. Fungsi skrub badan ialah bertujuan untuk mengeluarkan daki, mendapatkan kulit halus serta mencerahkan kulit badan. Lagi bagus kalau korang gunakan skrib berasaskan susu kambing. Amalkan setiap hari untuk result yang memuaskan hati.

SKRUB KAKI

Image result for skrub badan
Sumber gambar: Hijabista

Bukan setakat badan je korang kena skrub, kaki pun kena juga tau! Bahagian kaki yang perlu korang titib beratkan ialah dekat kulit tumit kaki supaya ia sentiasa lembap dan sihat. Selain itu, lutut pun korang perlu jaga juga ya. Taknak la nanti muka cantik tapi sekali selak, kaki berkerak ya sis! Malunya kalau macam tu, risau kena gelak je dengan orang lain.

Lepas ni korang kena amalkan rutin ni ya. Jangan ambil mudah yang ‘mandi’ ni hanya la sabun badan, berus gigi dan cuci muka sahaja. Nak cantik kan? Kena la usaha sikit, nanti dah besar tak ada la jadi malas nak jaga kebersihan diri.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Sifu TikTok, Aqil Zulkiflee Tak Kisah Adik Perasan Jungkook BTS!

Tanda Kawan Korang Negatif Dan Toksik