in ,

Rutin Pagi Yang Wajib Korang Elak!

Sumber gambar: lunaria.com.my

Selalunya korang akan bangun pagi pada pukul berapa? Mesti ramai di antara korang yang memang ada kebiasaan bangun pagi sebab dah terbiasa bangun awal sewaktu sekolah kan? Kalau korang bangun lewat sampai tengah hari itu, confirm akan dibebel oleh parents korang sebab mereka kata nanti rezeki tak masuk kalau bangun lewat. Biasanya, kalau korang bangun pagi ini, korang selalunya buat apa? Korang tahu tak sebenarnya ada beberapa morning routine yang wajib korang elak sebab ia memang tidak elok untuk kesihatan badan korang. 

BANGUN SECARA MENDADAK

via GIPHY

Untuk pengetahuan korang, bila bangun tidur sepatutnya korang perlu bergerak secara minimum dalam tiga ke lima minit dahulu sebelum korang bangun dan berdiri untuk pergi ke tandas dan lain-lain. Ini disebabkan tekanan darah dari posisi tidur ke posisi berdiri itu akan terkejut orang kata. Iyalah, waktu korang tidur badan korang mendatar dalam beberapa jam dan untuk bergerak semula itu, korang perlu buat renggangan badan sedikit selepas bangun dari tidur dan barulah berdiri okay! 

TIDAK SARAPAN

via GIPHY

Waktu terbaik untuk bersarapan ialah satu jam sejurus korang bangun dari tidur. Sebab itu ramai orang tekankan pengambilan sarapan sebab ia akan beri korang tenaga untuk melakukan aktiviti harian. Untuk pengetahuan korang ada beberapa akibat jika tidak mengambil sarapan pagi. Apa yang paling menakutkan ialah ia boleh menyebabkan korang terjebak dalam pelbagai masalah kesihatan termasuk sakit kepala, lesu dan sistem imunisasi dalam badan pun boleh terganggu. Jadi, selepas ini rajinkan bersarapan ya! 

SNOOZE ALARM 

via GIPHY

Snooze alarm untuk lima minit sahaja tak apa lagi. Tapi kalau korang dah set alarm tapi korang snooze untuk tidur lagi sebenarnya ia akan buat korang jadi seorang yang tidak berdisiplin dengan masa tidur. 

TAK MINUM AIR MASAK

via GIPHY

Khasiat air masak bukan sekadar untuk membersihkan tubuh badan, malah ia juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Salah satu waktu yang paling baik untuk korang minum air masak adalah pada waktu pagi setelah bangun dari tidur. Jangan bagi banyak alasan, korang perlu cuba untuk ‘paksa diri’ untuk minum air masak sebab ia bukan sahaja seimbangkan sistem buah pinggang, tambahkan darah dan akan buat kulit korang lebih sihat. Korang mesti suka bukan jika ada badan dan kulit yang sihat.

TAK MANDI

via GIPHY

Siapa antara korang di sini yang memang tak suka mandi setiap kali bangun pagi? Untuk pengetahuan korang, malas mandi atau lambat mandi ini sebenarnya boleh buka jalan kepada penyakit utamanya penyakit kulit. Bukan setakat itu sahaja, sakit kepala pun boleh menyerang korang sebab mandi pagi boleh membantu peredaran darah dan mengembalikan kecergasan dan buatkan korang rasa segar. Perasan tak, bila tak mandi asyik rasa malas dan tidak bersemangat? Ha! Sebab itu korang kena mandi, barulah lebih fresh!

Jadi selepas ini, korang janganlah terlalu biasakan dengan rutin yang tak elok seperti yang dinyatakan tadi. Ini sebab ia bukan sahaja akan menjadi kebiasaan korang sampai ke besar nanti, malah ia akan beri kesan kepada kesihatan badan korang. Korang pun selepas ini, cuba bila bangun tidur rehat sebentar, stretch kan badan secara minima dan minum air masak. Nanti, bolehlah badan korang akan lebih bertenaga dan sistem imunisasi badan akan lebih lancar.

What do you think?

7 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Benda² Korang Boleh Cuba, Bila Dah Bosan Sangat Duduk Rumah

ARMY Mengamuk, Gambar BTS Di-Edit Botak