in ,

Rutin Kita Boleh Buat Dengan #Sisters

Sumber gambar: www.ugadeltaphilambda.org

Siapa saja yang tak sayang adik-beradik… Merekalah kawan yang kita toa boleh pilih! LOL! Dan kadang-kadang boleh jadi lawan kita.. Mereka juga yang sentiasa ada dengan kita daripada kecil sehingga dewasa. Parents kita pun sudah didik kita untuk saling sayang-menyayangi antara satu sama lain, tidak boleh cemburu dan perlu sentiasa beralah. Tapi ada beberapa benda yang selalu kita buat dengan adik-beradik, utamanya bila kita sesama perempuan, betul tak? Cuba tengok list yang LUNARIA kongsi dan kita nak tengok juga sama ada awak semua pernah buat ke tidak dengan #sisters korang…

GOSIP TENTANG CRUSH

Sumber Gambar: Vogue Australia

Gosip tentang crush masing-masing adalah benda paling seronok sebab balik sekolah itulah waktu kita saja nak berbual dengan #sisters kita tentang siapa crush kita, helok ke crush kita, perangai mereka macam mana dan lain-lain. Kadang-kadang mesti korang akan ada terkutuk taste masing-masing seperti “ish, apa benda oh taste kau ini?!” atau “seriuslah hang suka kat dia…”. Waktu itu jugalah, nasihat nak bercinta akan dikongsikan dan lain-lain. 

SOROK MAKANAN

via GIPHY

Pernah tak, parents awak belikan adik-beradik korang jajan atau coklat dalam kuantiti yang banyak untuk korang kongsi tapi selepas itu korang fikir untuk makan lain kali atau kemudian hari. Tiba-tiba makanan itu hilang? Oh yass! Itu memang perkara biasa kalau ada antara #sisters kita suka sorokkan makanan sebab saja nak menyakat korang atau memang itu makanan kegemaran mereka. Hmm, nak buat macam mana kadang-kadang ada yang sampai bergaduh dan ada yang malas nak layan sebab penat nak gaduh.

KONGSI BAJU

Sumber Gambar: Asia Times

Berkongsi baju pun adalah antara benda biasa yang selalu #sisters buat sebab iyalah kadang-kadang nak pergi keluar dating, kita saja yang rasa macam dah tak ada baju padahal ada baju satu almari penuh. Jadi biasanya baju adik-beradik kita yang lain adalah penyelamat untuk diri kita. Hehe! Lebih lagi kalau sama saiz lagi senang nak pinjam baju mereka, betul tak #Lunagirls?

BELANJA

via GIPHY

“Kak, jom lepak makan? Nanti saya belanja akak boba tea sekali!”, ha! Belanja makan dan minum pun sudah ibarat rutin #sisters selalu buat bila korang nak isi masa lapang dan bosan di rumah. Walaupun bila kita minta hadiah hari lahir mereka jadi kedekut tapi bila bab makan dan minum, rasanya jarang-jarang sangat antara adik-beradik nak kedekut.

#Lunagirls semua dah pernah buat ke semua ini dengan #sisters awak masing-masing? Mesti pernah kan? Kalau tak pernah buat, cubalah buat sekali sekala sebab memang seronok. Bukan setakat itu saja, hubungan silaturahim antara korang pun akan semakin baik dan rapat kalau korang selalu buat benda ini. Ala, bergaduh itu sekejap saja, lama-lama baik sendiri. LOL!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Onz Teruk Bila Cik B Pakai Makeup!

Suka Makan Pedas? Korang Sediakan Air Ini…