in ,

Rugi Kalau Tak Buat Aktiviti Ni Time Raya!

Sumber gambar: https://www.youtube.com/watch?v=l6QMAToG6PI

Girls! Macam mana raya korang haritu? Best ke tidak? Ke tak best sebab tak dapat banyak duit raya ni? BTW, raya haritu apa aktiviti yang korang buat selain pergi beraya ke rumah sedara-mara? Agak-agak korang ada buat tak aktiviti best macam yang Ainaa selalu buat waktu hari raya haritu?

SLEEPOVER WITH COUSINS

Sumber gambar: https://bm.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=34914

Daripada kecil sampai la sekarang, benda lain yang kita paling tak sabar ialah sleepover berjemaah dengan cousins! Lagi best kalau kebanyakan cousins korang umur lebih kurang sama dan ada fikiran macam korang. Boleh share banyak benda, stay up sampai Subuh then esok pagi mata barai tak cukup tidur! Tapi kalau dengan cousins lelaki jangan la sleepover melebih-lebih, takut nanti kena bantai dengan atuk dengan nenek pula.

TOLONG ‘MASAK’

Sumber gambar: https://ohbulan.com/dapur-kotor-berbau-lepas-masak-untuk-raya-rubine-boleh-settlekan-masalah-korang/

Waktu raya la dapat tengok semua orang turun padang masak dekat dapur. Ada yang bakar lemak, masak rendang ehh macam-macam la. Tapi biasanya kalau yang muda ni bukannya tolong sangat pun, lebih pada ‘tunjuk muka’ sekejap dekat dapur then snap snap gambar update social media, tolongnya tidak. Ha, baik mengaku siapa macam ni. Hehe!

KUIH RAYA TIME

Sumber gambar: Instagram Ainaa

Apa la maknanya Hari Raya tanpa kuih raya? Korang buat tak kerja isi balang kuih raya waktu malam raya haritu? Rugi la siapa yang tak join isi kuih ni sebab at the same time boleh ngap masuk mulut terus. Lagi syok kalau dapat kuih favorite, memang tak sampai pagi raya dah habis kuih tu.

RAIKAN KEMENANGAN DENGAN MERCUN

Sumber gambar: https://oztoice.wordpress.com/2015/08/11/a-short-history-of-the-meriam-buluh-bamboo-cannons/

Dah penat buat semua kerja, ni la masanya untuk raikan dengan bakar mercun! Fuhh, dapat pula mercun KLCC tu, memang function la girls! Tengah seronok bersorak tu, dengar pula kampung sebelah nak berlawan. Apa lagi, mesti la kita kena lawan juga. Korang ada tak lawan-lawan mercun haritu? Mesti best kan!

Banyak la sebenarnya aktiviti best waktu raya ni yang kita boleh buat selain pergi beraya, atau kutip duit raya semua tu. Kalau tak sempat nak buat benda ni semua, boleh cuba tahun depan pula okay!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Perangai Yang No No Time Open House!

Memory Phone Full? Say No More!