in ,

Rugi Besar Siapa Tak Makan Kurma! Sebab…

Sumber Gambar: https://www.mustikaherbal.com

Bila tiba bulan puasa je penuh iklan kurma dekat TV! Haih.. Tengah hari ni Ummi teringat pula susu kurma.. Sedapnyaaa! Okay okay.. Sabar semua! Hihi.. #Lunagirls makan kurma tak? Ke ada team #TakMakanKurma? Ruginya… Korang nak tahu tak kenapa kurma jadi pilihan terbaik semasa bulan puasa? Meh baca artikel Ummi ni..

PENCERNAAN

via GIPHY

Bila bulan puasa, makan dan minum kita kan kurang.. jadi sistem pencernaan kita akan sedikit berubah! Dari selalu buang air besar, boleh jadi kita akan membuang dua atau tiga hari sekali. Kalau kita makan kurma girls, ia akan membantu untuk lancarkan proses percernaan kita! Sebab kurma mengandungi serat yang boleh membantu usus ‘bekerja’ lebih sihat ketika puasa.. Jadi perut #Lunagirls pun tak akan bloated!

TENAGA

via GIPHY

Di bulan puasa, ramai akan mudah lesu sebab kekurangan tenaga.. Dalam kurma ada vitamin B yang diperlukan untuk mengeluarkan tenaga daripada karbohidrat.. Kalau korang makan sebiji kurma waktu sahur, insha’allah korang akan kekal aktif sepanjang hari!

SISTEM IMUNISASI

via GIPHY

Cuaca panas sekarang ini mungkin kita akan mudah terdedah dengan pelbagai masalah kesihatan. Kalau korang nak tahu, kurma mengandungi magnesium dan antioksida yang boleh mempertingkatkan sistem imunisasi badan!

KESIHATAN TULANG

Sumber Gambar: https://hellosehat.com/

Kandungan mineral yang tinggi dalam kurma menjadikan ia sumber yang baik untuk kekuatan tulang tau! Kandungan magnesium yang tinggi juga dapat membantu pertumbuhan tulang lebih sihat dan kuat.. Untuk #Lunagirls yang tak suka minum susu, korang boleh makan kurma untuk kuatkan tulang!

Ada pelbagai kelebihan kurma.. Kalau ada antara #Lunagirls yang tak makan kurma, apa kata Ramadan tahun ni try makan kurma? Rasa sekali mesti nak lagi tau..

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Sandal ONZZ Untuk Raya!!

Game BTS World Buat Kita Jadi Manager?! #ARMY