in ,

Roti Habis, Naim Daniel Buat Lagu Khas Untuk Roti

Sumber gambar: Instagram @ainaa_lunaria

Bila lama #DudukRumah, semua orang dah jadi makin creative. Daripada tak pandai masak, terus jadi chef dan barista. Bagus juga ya, nampaknya semua orang ada bakat tersendiri dalam diri.

So far korang dah berjaya buat apa dekat rumah? Bekalan makanan cukup tak? Harapnya semua baik-baik sahaja sebab sekarang ni pun kita dah memasuki hari ke-23 tempoh PKP. Siapa ingat waktu minggu awal PKP haritu, satu Malaysia kecoh bila ada roti yang enak dimakan begitu sahaja tak cukup bekalan?

Sampai ada yang bergaduh dekat kedai sebab berebut roti. Bukan tu sahaja, ada juga yang sempat buat troll nak jual roti Gardenia tapi swap dengan barang-barang mahal yang lain. Iya la, susah tau nak dapat roti Gardenia ni, empat kedai yang korang pergi, belum tentu akan jumpa ya.

Disebabkan tak cukup roti, maka ramai la rakyat Malaysia mengeluh dan waktu ni semua orang baru nak hargai kewujudan roti. Before this biar je sampai expired kan, hehe! Dalam semua kecoh pasal roti, nampaknya penyanyi Naim Daniel gunakan peluang ni untuk buat lagu ya!

Bijak Naim ni, sempat lagi dia release lagu waktu PKP ni ya. Tapi lagu ni hanya ada dekat Instagram Naim je, tak masuk dekat radio pun. Korang dah dengar ke belum lagu tu? Boleh tahan catchy juga ya, kena pula tu rentak dengan lirik.

Rentak asal lagu ‘Nur Gardenia’ ini diambil daripada lagu Nur Kasih nyanyian kumpulan Inteam. Kalau korang dengar lagu ni, memang masuk air la lirik lagunya. Semua lirik yang dinyanyikan oleh Naim tu memang kena dengan situasi yang sedang terjadi sekarang ni.

Dalam lirik itu juga Naim ada menyebut tentang sikap rakyat Malaysia yang masih berdegil dan taknak duduk dekat rumah walaupun arahan sudah dikeluarkan. Walaupun ada unsur lawak, tapi boleh tahan sentap juga bait-bait lirik tu.

Jangan nak gatal dan janganlah bebal. Takut nanti kau boleh meninggal.

View this post on Instagram

until tomorrow

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on

Mana tidaknya, walaupun memang dah ada arahan untuk #StayAtHome, masih lagi ada individu yang taknak dengar arahan dan masih lagi berlegar-legar dekat luar. Kalau ada urusan penting tu tak mengapala, kalau ada yang keluar saja-saja tu macam mana? Memang menempah maut ditangkap oleh pihak berkuasa.

Ramai tertarik dengan punchline Naim dalam lagu tu yang mana mengatakan dulu bekalan roti memang banyak tapi sekarang ni semua SOLD OUT sampai nak cicah dengan kari pun susah. Adoi, Naim ni boleh tahan masuk air juga ya.

Lagi satu apa yang menariknya ialah dia sempat masukkan footage dia tengah lap trofi yang dimenanginya ketika AJL-32 baru-baru ni. Geram je tengok keletah Naim ni, bosan sangat ya duduk dekat rumah tu sampai ada masa nak lap trofi. Nampaknya sekarang ni Naim bukan sahaja buat lagu untuk roti, tapi banyak lagi lagu lain yang dia buat. Go check out dekat Instagram Naim okay!

Walaupun ada unsur lawak, tapi kita ambil juga nasihat yang cuba disampaikan oleh penyanyi berbakat besar ni ya. Untuk korang semua, kalau ada nampak roti Gardenia dekat kedai, make sure beli ikut keperluan sahaja. Jangan sampai beli tiga buku pula ya, beringat sikit pada orang lain. Roti tu ada expired date, bukannya bertahan sampai bertahun sampai boleh buat stock lama-lama dekat rumah ya.

Stay safe semuanya! Jangan membazir makanan ya, ingat dekat orang yang tak berkemampuan di luar sana.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Movie ‘Chick Flick’ Onz Kat Netflix

Houseparty ‘Tempat Lepak’ Terbaik Dengan Squad