in ,

Roommates Paling Ikonik Dalam Kalangan K-Pop Idol

Sumber gambar: minseoktea.wordpress.com

Kebanyakan K-Pop idol rata-ratanya menjalani tempoh sebagai seorang trainee dalam tempoh yang agak lama. Kalau ada yang bertuah, dalam setahun dua sahaja ada yang dah boleh debut. Bukan setakat itu sahaja, disebabkan hal itu juga mereka semua diarahkan untuk tinggal dalam satu asrama bersama-sama dan ada juga diantara mereka yang perlu duduk sebilik dari awal tempoh training sebagai K-Pop idol sehingga kini dan itu membuatkan mereka jadi sebagai roommates yang paling ikonik dalam industri! Jom kita tengok siapaΒ roommates paling goals!

GOT7 BAMBAM & YUGYEOM

Sumber gambar: pinterest

BamBam dan Yugyeom GOT7 ini boleh dikatakan roommates dan bromance paling the best sebab kekecohan yang dilakukan oleh mereka berdua di asrama semasa tinggal bersama tiada siapa boleh lawan. Mereka juga macam tak pernah bosan langsung untuk buat banyak aktiviti sama-sama dan keluar lepak pun kalau boleh sentiasa nak sama-sama! Best friend goals betul! Ada IGOT7 di antara korang tak? Komen di bawah siapa bias korang..

NCT JAEHYUN & HAECHAN

Sumber gambar: redbubble

Awww, tengok gambar pun boleh agak betapa rapatnya mereka berdua ini! Untuk pengetahuan korang, Jaehyun dan Haechan NCT pun pernah jadi roommates tau! Boleh dikatakan hampir semua rahsia antara mereka berdua telah dikongsi bersama sepanjang mereka jadi kawan bilik. Hmm, mesti ramai NCTzens yang tertanya-tanya apa agaknya rahsia yang mereka pegang!

EXO SUHO & SEHUN

Sumber gambar: pinterest

Antara teman sebilik paling legend dalam dunia K-Pop sebab leader dan maknae EXO ini selalu geram dengan perangai salah seorang. Lebih lagi bila Sehun yang selalu mengeluh sebab Suho selalu sepahkan bilik dan tak suka mengemas. Walaupun Sehun sudah pun pindah, akan tetapi mereka berdua masih lagi rapat sebab sepanjang menjadi roommates sudah banyak kenangan mereka bersama!Β 

BTS JIN & SUGA

Sumber gambar: koreaboo

Jangan pernah ada sesiapa yang berani pisahkan mereka berdua okay! Sebab kalau korang nak tahu, bila Jin dan Suga bergabung sebenarnya dua-dua ini memang tingtong juga tau! Walaupun berbeza karakter dan sifat, mereka sebagai antara member tertua dalam BTS dan ini buatkan mereka saling memahami satu sama lain siap ada hobi yang sama tau! Hobi mereka ialah memancing dan memasak! Uish! Memang roommates paling sempurna sekali! Syok juga kalau dapat jadi roommates mereka sebab dua-dua pandai masak boleh kita makan sedap betul tak?

Ada yang berbeza karakter, ada yang macam abang adik, ada yang sebaya dan macam-macam lagi. Tapi semua itu memang tak jadi penghalang langsung untuk mereka kenali hati budi satu sama lain dan menerima diri sesama sendiri. Paling buatkan ramai peminat K-Pop terkejut adalah Jin dan Suga BTS sebab mereka berdua memang sangat different sebab seorang memang macam kecoh dan seorang lagi tenang saja orangnya tapi sebenarnya sebaliknya. Sampaikan ramai yang buat meme blackpink in your area untuk mereka berdua, LOL! Comel je! Ada tak antara senarai roommates ini bias korang? Untuk Zoe semestinya Suga, my forever oppa! Korang pula siapa?

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Belajar Mudah Hanya Dengan TV Okey

Resepi Air Viral Dalgona Tanpa Gunakan Coffee