in ,

Risau Krik Krik Waktu First Date? Cuba Cara Ni…

Sumber gambar: https://www.sheknows.com/parenting/articles/1035933/teen-dating-isnt-what-it-used-to-be/

Fuhh, first time crush ajak dating ni. Nervous la pula, macam mana nak handle tak bagi ada awkward moment ni?!

Haiippp jangan la risau, Ainaa kan ada nak tolong korang dalam semua benda. Korang first time nak pergi dating? Mesti takut nanti krik krik je kan? Meh sini Ainaa share sikit benda yang Ainaa praktikkan dulu waktu first dating dengan crush, hehe!

BUAT LAWAK

Sumber gambar: https://says.com/my/fun/cheesy-pick-up-lines-to-use-on-your-malaysian-bf-gf

Hambar macam mana pun suasana tu, cuba la buat lawak sikit. Tak pun bagi la satu atau dua pickup line untuk panaskan suasana. Selalunya taktik ni memang berkesan sebab korang berdua akan ketawa. Tapi make sure jangan buat lawa lucah dan lawak bodoh yang memalukan diri sendiri. Kalau si dia gelak, korang memang power!

REKA SATU GAME

via GIPHY

Kalau dah masing-masing senyap, pandah kanan kiri, main phone je baik tak payah keluar dating? Why not cuba reka satu game yang boleh pecahkan suasana awkward tu supaya korang berdua rasa selesa. Ehemm, try la main true or dare. Time ni la nak kenal dengan si dia, dan kenakan dia dengan dare yang best! Mesti kecoh suasana nanti.

JADI POLIS PENCEN

via GIPHY

Tak salah kalau banyak tanya ni. Korang tanya je apa-apa soalan yang berkaitan dengan diri si dia yang korang nak tahu. Waktu ni pun korang kena la share sikit tentang diri sendiri. Mana tahu rupa-rupanya korang berdua ada minat yang sama ke? Lagi senang nak kenal lepas ni.

LETAK PHONE DEKAT TEPI

via GIPHY

Main phone ni macam salah satu tanya yang korang ni tengah bosan atau terpaksa berada dekat tempat tu. Did you girls pergi dating sebab terpaksa? Mesti la sebab suka sama suka kan? So, letak je phone tu dekat tepi. Tak payah nak update IG, cukup setakat selfie sikit dengan si dia then balik nanti baru update. Dating pun nak main phone, baik duduk rumah kan?

Dulu Ainaa banyak try cara pertama tu la sebab Ainaa rasa pickup line ialah benda basic yang semua orang boleh buat. Tapi sayang, crush Ainaa tu dah bercinta dengan orang lain. Mungkin tiada jodoh antara kami… Good luck untuk korang yang akan pergi dating weekend ni! #SisSupport

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Asyik Nak Tipu Je, Susah Ke Nak Jujur? 😢

Tak Payah Pening, Try Je Style Hijab Ni…