in ,

Risau Bau Kentut Boleh Pengsankan Orang Sekeliling?

Sumber gambar: http://www.947.co.za/articles/2017/11/27/how-to-handle-toxic-people-in-your-life-lifestyle-947

via GIPHY

OK kot kalau kentut ni, tak bau punya lah. ****kentut**** YA ALLAH! Kenapa busuk gila ni! Ok buat tak tahu je, jalan terus je jangan pandang siapa-siapa.

Haaa, korang pernah tak mengalami situasi asyik nak buang angin je? Itu maksudnya badan korang ada banyak angin, cara untuk keluarkan angin tu ialah melalui sendawa atau kentut je. Sometimes kalau dapat kentut atau sendawa pakej bau, memang padu girls! Ainaa ada jalan penyelesaian yang boleh korang ikut untuk kurangkan pembuangan angin tanpa izin tu..

MAKAN PERLAHAN

Sumber gambar: http://kakikecoh.com/video-gara-gara-review-makanan-secara-gelojoh-gadis-ini-mendapat-kecaman-hebat-dari-netizen/

Dah jadi habit ramai orang bila lapar, mesti makan laju-laju macam kebulur. Cara ni bukan je boleh buat korang tercekik tapi ia juga tak baik untuk kesihatan. Bila kita makan dengan perlahan dan mengunyah dengan cermat, ia boleh kurangkan kandungan angin yang masuk dalam badan berbanding waktu makan laju. Lagi satu, jangan makan sambil berjalan sebab that time kandungan angin yang masuk dalam badan akan jadi lebih tinggi.

KURANGKAN MINUM AIR GAS

Sumber gambar: https://telanganatoday.com/sugary-drinks-early-death-risk

Lepas minum air bergas, mesti korang akan sendawa berkali-kali, tak cukup dengan tu, kandungan gas tu pulak akan naik sampai la ke hidung. Tapi bila korang tak sendawa lepas minum air tu, automatik ia akan keluar melalui kentut. Apa kata korang tukar habit minum air gas dengan minum air masak atau jus buah-buahan. Sekali sekala tu tak salah pun, cuma jangan terlalu kerap sebab air bergas ada kandungan gula yang tinggi juga tau?

BANYAKKAN BUAT AKTIVITI

via GIPHY

Balik sekolah je mesti akan tidur tak pun lepas makan, golek-golek atas katil, end up tertidur, kan? Apa kata buat aktiviti ringan supaya badan tu cergas dan pada masa yang sama kurangkan masalah pembuangan angin terlampau jugak. Korang boleh try exercise at least tiga kali seminggu sebab dengan buat senaman, proses pencernaan akan berjalan dengan lancar. At the same time, waktu tengah exercise tu, angin dalam badan akan keluar dengan mudah. Kalau malas sangat nak exercise, lepas dah makan boleh jugak berjalan untuk senangkan proses penghadaman.

BUANG AIR BESAR

via GIPHY

Badan korang tak dapat keluarkan toksik sampai terpaksa keluar ikut jalan pintas which is kentut. Just imagine korang tak buang air besar dalam masa dua atau tiga hari. Confirm bau kentut padu sebab dah bercampur dengan macam-macam jenis makanan dalam perut tu. Girls, banyakkan makan sayur dan buah-buahan , minum air masak secukupnya, baru la senang nak buang air besar especially untuk korang yang ada masalah sembelit.

Sampai bila kita nak seksa orang sekeliling yang terpaksa cium bau kentut kita tu? Dah tiba masanya untuk kita buang segala macam angin yang terkumpul dalam badan. Good luck, girls!

 

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

V Dan Accessories Kepala Berpisah Tiada ♡

Susun Masa Main Game Di Bulan Ramadan