in ,

Rimas Rambut Asyik Terkeluar, Ini Jawapan Untuk Hijabis

Sumber gambar: Instagram @cilibling / @aidarazman

Aku rimas betul rambut terkeluar… Lagi masukkan lagi terkeluar sampai anak tudung pun dah kebelakang…

Hold on sistur sekalian! Jangan disebabkan rimas dengan rambut sehinggakan ada yang cabut pula tudung itu. Setiap masalah ada penyelesaiannya… Setakat masalah rambut terkeluar, petik jari je dah terus settle tak perlu risau dah lepas ini. Kami faham masalah hijabis yang mana rambut asyik terkeluar, anak rambut tak behave dan banyak lagi. Maka dengan itu, LUNARIA akan share beberapa tips supaya korang tak harungi bad hijabΒ day bersama rambut yang terkeluar ya. Jom check it out!

BOBBY PIN MY BABY

E girl Aesthetic Hair Clips in Brown, Women's Fashion, Accessories ...
Sumber gambar: Carousell

Jangan ingat girls yang free hair je boleh pakai bobby pin tau, kita yang hijabis pun boleh gunakan juga ya. Fungsi bobby pin unutk hijabis ini ialah kita klip sahaja bersama dengan rambut dan anak tudung. So that anak tudung tak bergerak ke belakang dan rambut pun tak terkeluar. Make sure jangan terlalu ketat pula, risau nanti rasa rimas sebab rambut tak selesa.

CEKAK RAMBUT SIMPLE

4pcs Cekak rambut simple | Shopee Malaysia
Sumber gambar: Shopee

Hanya gunakan cekak simple sahaja, jangan beli cekak yang ada tanduk unicorn pula ya, mana nak sorok tanduk nanti bila dah pakai tudung? For those yang ada masalah rambut degil, korang boleh pakai cekak sebelum sarung anak tudung. Rambut akan jadi lebih secure dengan cara itu. Bukan itu sahaja, anak tudung pun akan duduk diam tanpa bergerak ke mana-mana.

ANAK TUDUNG JANGAN TINGGAL

Jenis Inner Tudung Terkini Yang Wajib Anda Ketahui dan Memiliki
Sumber gambar: Alaf21

Ada certain orang lebih gemar untuk hanya memakai cekak sebelum sarung tudung tanpa memakai anak tudung. Itu kalau pakai tudung bawal boleh dan bawal pun jadi on point juga. Tapi kalau tak pakai anak tudung waktu gayakan tudung jenis shawl, alamatnya jambul terkeluar nanti sis. Jangan sesekali tinggalkan anak tudung kalau korang pakai shawl ya, baru rambut duduk diam dan tidak meliar lagi.

INNER NECK PENYELAMAT

Buy Kaen.co Awra Necktie Bobby Brown (Adjustable Inner Neck ...
Sumber gambar: Zalora

Mungkin korang tak sesuai pakai anak tudung biasa disebabkan masalah rambut terkeluar.Β So, korang boleh cuba pakai inner neck yang terus sampai ke leher. Bukan setakat anak rambut je secure, korang pun rasa selamat juga kalau tudung terlucut sebab leher dah tertutup dengan inner neck. Inner neckΒ  sangat selesa dan possibility untuk rambut terkeluar agak rendah melainkan korang jenis yang lasak sangat.

ANAK TUDUNG IKAT BELAKANG

Silk Story Tudung price in Malaysia - Best Silk Story Tudung | Lazada
Sumber gambar: Lazada

Di pasaran ada banyak pilihan anak tudung, daripada kecil hingga besar, separuh sehingga penuh, hitam sampai colourful. Korang boleh cuba pakai anak tudung jenis ikat dibelakang which is menggunakan tali. Ikat dengan kemas supaya tak ada rambut yang terkeluar dan pastikan rasa selesa sebab takut tercekik pula nanti satu hal nak kena gunting tali anak tudung.

MASA UNTUK POTONG RAMBUT

via GIPHY

Ingatkan selama ini masalah rambut terkeluar sebab salah pakai anak tudung… Rupa-rupanya sebab rambut dah terlampau panjang. Inilah masa yang sesuai untuk korang berkunjung ke saloon yang berhampiran dan trim sikit rambut. Kalau ada part yang rambut terlebih panjang, potong sikit supaya nanti ia tak terkeluar sewaktu korang pakai tudung.

Now korang dah tahu cara untuk selesaikan masalah rambut terkeluar? Maka dengan itu silalah semak mana satu solution yang paling sesuai mengikut situasi dan keselesaan masing-masing.

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

6 Barang Simple Korang Perlu Ada Untuk Hias Bilik

Top 5 Anime Dalam Netflix Yang Korang Patut Layan!