in ,

Rimas Orang Suka Intai Chat, Time For PRIVACY!

Sumber gambar: home.bt.com

 

via GIPHY

Pernah terbayang tak apa akan jadi dekat screen handphone korang kalau tak letak screen protector? Bila jatuh je… Dushhhhh hancur bersepai screen tu lagi-lagi kalau terseret dekat jalan tar. So today, LUNARIA akan explain apa beza screen protector yang ada dekat kedai gadget yang selalu korang pergi tu.

CLEAR

Sumber gambar: radtech.com

Jenis clear ni yang paling murah sekali dekat pasaran and sometimes nampak macam tak pakai langsung sebab sangat nipis. Kalau pandai jaga, lama la bertahan tapi kalau korang jenis lasak, memang kena selalu ganti la sebab takut crack bila terjatuh.

PRIVACY

Sumber gambar: gimmetrend.com

Ada sesetengah orang suka hati je tengok intai-intai phone kita dari belakang. Untuk elakkan benda tu, korang boleh la pakai jenis privacy ni sebab orang dekat sebelah dan belakang memang tak akan nampak screen kita tu. Tapi jadi leceh bila kita sendiri kena naikkan brightness sebab gelap and at the end of the day, bateri pun cepat habis.

MATTE

Sumber gambar: www.wantitall.co.za

Untuk matte pula korang tak perlu risau sebab ia boleh tahan lebih lama berbanding clear sebab screen lebih tebal dan kesat. Kalau screen phone calar pun susah nak nampak cuma kelemahan bila kotor, korang kena bersihkan guna tisu basah.

MIRROR

For girls yang pantang tudung atau rambut tak elok sikit, sesuai la pakai screen mirror ni sebab bukan setakat boleh lindungi phone. Tapi siap pakej boleh tengok cermin lagi tau. Hehe! But still korang kena hati-hati sebab ia akan cepat kotor.

TEMPERED GLASS

Sumber gambar: www.aliexpress.com

Kalau ada budget lebih, boleh la beli tempered glass ni sebab ia memang berbaloi untuk korang yang lasak. Sebab jenis ni lebih tebal dalam kalangan yang tadi dan tahan lama. Kalau jatuh dari katil pun tak akan retak or maybe akan calar sikit je. Tapi kalau korang jenis pandai jaga phone, setahun pun boleh tahan.

So now, our beloved #Lunagirls suka pakai screen protector yang jenis mana? Ha, mana-mana pun tak kisah asalkan korang selesa and ikut budget masing-masing la kan.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Memori Phone Cepat Penuh? Ini Tips Nya!

Eii! Kenapa Kusut Sangat Ni